SANDAKAN: Beli minyak masak bersubsidi dalam plastik dengan harga RM2.50 satu kilogram (kg), isi dalam botol, kemudian jual semula dengan harga RM7.90.
Itu taktik licik penyeleweng minyak masak bersubsidi sebelum berjaya dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan.
Ketua KPDNHEP Sandakan Mohamad Hashim berkata, hasil risikan selama seminggu, kegiatan berkenaan berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan di sebuah premis di kawasan Batu 15, di sini, pada Khamis.
Menurutnya, ketika serbuan dijalankan kira-kira jam 2.30 petang, beberapa individu sedang sibuk memunggah barang dari sebuah lori.
“Pemeriksaan kemudiannya mendapati, terdapat minyak masak bersubsidi dalam plastik sebanyak 1,700kg (1.7 tan), disyaki untuk diseleweng.
“Ia dipercayai untuk dibotolkan semula lalu dijual dengan harga tiga kali ganda lebih tinggi dari harga subsidi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, seorang lelaki berusia 45 tahun mengakui menjalankan kegiatan itu dan mengaku sebagai pemilik premis berkenaan.
“Kegiatan itu juga dipercayai sudah dilakukan suspek sejak enam bulan yang lalu. Justeru, semua barangan bernilai RM20,000 termasuk sebuah lori dirampas.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
Rampasan melibatkan 100 kotak, masing-masing berisi 17kg bungkusan minyak masak 1kg.
Mohamad tidak menolak kemungkinan suspek cuba untuk menjual minyak masak itu ke negara jiran pada harga industri bagi mengaut keuntungan lebih RM6,000 bagi 1.7 tan minyak masak itu.
Beliau turut mengingatkan kilang pembungkusan minyak masak bersubsidi agar tidak terlibat dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan itu atau berdepan tindakan undang-undang, termasuk kuota minyak masak bersubsidi ditarik balik oleh kementerian.
Menurutnya, individu yang menjalankan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Manakala, bagi syarikat pula berdepan denda RM2 juta atas kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata KPDNHEP Sandakan melaksanakan 2,466 pemeriksaan premis sejak 1 Jan hingga 30 April dan menemukan 60 kes pelbagai kesalahan membabitkan rampasan bernilai keseluruhan RM90,503.70.
Radhi Muslim
Sat May 01 2021
Mohamad (tengah) menunjukkan minyak masak dalam paket yang disita dari sebuah premis selepas mengadakan sidang media hari ini. --fotoBERNAMA
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Polis tahan suspek kedua terlibat insiden tikaman Saif Ali Khan
Selain luka berhampiran tulang belakang, Saif turut cedera di bahagian leher dan tangan.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman tentang suspek insiden Magdeburg
Arab Saudi pernah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A., tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas.
Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.
Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal terhadap suspek
Subhiah Roslina Shahibi tidak pernah terfikir orang lain akan melakukan kejahatan sekejam yang dilakukan suspek terhadap suaminya.
Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan suspek ditahan di sekitar ibu negara semalam dan proses reman akan dilaksanakan pagi ini.
Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.