Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes seorang penolong pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima lagi individu yang berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Norsalha Datuk Hamzah membuat keputusan itu hari ini selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan yang mengemukakan bantahan awal agar kes tersebut terus kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
"Setelah mendengar dan meneliti hujahan bantahan awal pihak pendakwaan dan hujahan pihak pembelaan, mahkamah ini memutuskan permohonan pihak pendakwaan untuk kes ini ke Mahkamah Tinggi dibenarkan. Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Keputusan sama turut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen lain, Mazdi Abdul Hamid selepas mendengar hujahan bagi kes di hadapannya.
Minggu lepas, pasukan pembelaan membantah permohonan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah kemudiannya menetapkan hari ini untuk kedua-dua mengemukakan hujah masing- masing.
Terdahulu, Yusaini Amer berhujah bahawa kuasa mendakwa adalah hak prerogatif pendakwa raya.
Beliau berkata kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 26E Akta 670 dan pihak pendakwaan telah mengemukakan izin di bawah Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah untuk memindahkan kes-kes tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Mahkamah Tinggi adalah medan yang betul untuk mendengar sebarang bantahan awal daripada pihak peguambela tertuduh-tertuduh. Dalam kes sekarang, Seksyen 26E Akta 670 juga dikategori di bawah Jadual Pertama Akta 670, justeru ia berada di dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi," katanya.
Sementara itu peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakili Chien Guan Chai, 36, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, pula memohon agar mahkamah menolak permohonan itu atas alasan tertuduh dituduh dibawah Seksyen 26E bukan kesalahan keselamatan.
"Jika SOSMA terpakai, ia harus diputuskan terlebih dahulu," katanya.
Pada 12 Sept lepas Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang Mohd Faizul Arifin, 34, bersama empat lelaki Loh Chan Cheong, 34; Chien, 36; Yap Cheng Wah, 43, dan Mohd Faizal , masing-masing didakwa atas dua pertuduhan utama mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 manakala ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah, 56, dituduh atas tiga pertuduhan utama mengikut seksyen yang sama.
Mohd Faizul turut didakwa atas empat pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan serta lima pertuduhan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing. Lai, Loh dan Yap juga masing-masing dituduh atas dua pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan serta bersubahat dengan Mohd Faizul bagi tujuan pemalsuan dokumen itu manakala Chien berdepan empat pertuduhan sama.
Bagi dua pertuduhan utama, Mohd Faizul didakwa membuat dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan bagi maksud memudahkan penyeludupan migran di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara Januari hingga Februari 2019.
Loh, Chien, Yang dan Mohd Faizal Tan masing-masing didakwa atas dua pertuduhan utama menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town pada tempoh yang sama.
Lai pula didakwa atas tiga pertuduhan utama menjual sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport di sekitar kawasan George Town antara Januari hingga Mac 2019.
Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Mohd Faizul turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara bulan Januari hingga Mei 2019.
Lai, Loh dan Yap juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan serta bersubahat dengan Mohd Faizul bagi tujuan pemalsuan dokumen itu di tempat yang sama antara Januari hingga Februari 2019.
Chien pula mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan masing-masing serta bersubahat dengan Mohd Faizul bagi tujuan pemalsuan dokumen itu di tempat yang sama antara Januari hingga Mei 2019.
Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Selain itu, Mohd Faizul turut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan kad pengenalan palsu antara 20 Sept 2018 hingga 3 Mei 2019.
Bagi kesemua pertuduhan itu, jika disabitkan kesalahan kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019
Mahkamah Tinggi adalah medan yang betul untuk mendengar sebarang bantahan awal daripada pihak peguambela tertuduh-tertuduh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Dua hakim maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di luar Mahkamah Agung Tehran - Laporan
Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu.
MTHQA: Elemen penilaian ditambah baik, beri cabaran kepada hakim
Sirajuddin berkata proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya bagi peserta hafazan.
Hakim Mexico lancar mogok nasional bantah reformasi kehakiman Presiden
Hakim dan majistret Mexico mulakan mogok tanpa had terhadap cadangan pembaharuan badan kehakiman oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Selayang amat berwibawa untuk mendengar perbicaraan dua kes Muhammad Sanusi.
Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100
Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.
Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim
35 individu dakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.
Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai.