PUTRAJAYA: Penjualan spesies hidupan liar eksotik dalam talian kini dikesan menggunakan konsep orang tengah melalui kaedah pesan hantar yang tidak menyimpan hidupan liar dan hanya mengambil komisen atas penjualan hidupan liar berkenaan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata penjualan hidupan liar dalam talian melibatkan penjual berlesen, penjual tidak berlesen oleh pemburu haram atau pembiak baka haram dan sindiket dengan modus operandi yang digunakan adalah kaedah bayar waktu terima (COD), kurier dan pengangkutan awam.
"Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai maklum balas kepada laporan akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Jan lepas mengenai peningkatan pemerdagangan hidupan liar eksotik dalam talian.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk menangani penjualan hidupan liar dalam talian yang semakin berleluasa.
Ia termasuk mengukuhkan kerangka perundangan melalui pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dengan menambah peruntukan khusus serta meningkatkan hukuman kepada penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda maksimum RM1 juta sebagai salah satu pendekatan pencegahan.
Di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686), kesalahan mengimport dan mengeksport hidupan liar tanpa permit boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara selama tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan dan denda maksimum RM2 juta bagi pertubuhan perbadanan.
Berdasarkan data Perhilitan Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2020 hingga Disember 2023, terdapat 654 aduan kes penjualan hidupan liar eksotik secara dalam talian melalui pelbagai platform media sosial.
Spesies hidupan liar primat iaitu kumpulan mamalia seperti monyet dan lemur merupakan spesies yang paling tinggi diperdagangkan iaitu sebanyak 215 ekor diikuti dengan spesies mamalia kecil dan burung.
Nik Nazmi berkata mengikut rekod dari tahun 2015 hingga 2023, sebanyak 58 kes penjualan hidupan liar di media sosial telah diambil tindakan oleh Perhilitan dan daripada jumlah itu, 25 kes telah selesai manakala kes yang selebihnya dalam proses siasatan dan pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Nik Nazmi mendedahkan, penjualan hidupan liar dalam talian melibatkan penjual berlesen, penjual tidak berlesen oleh pemburu haram atau pembiak baka haram. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Usaha pemuliharaan Myanmar selamatkan populasi harimau Bengal yang terancam
Harimau Benggala (Panthera tigris) adalah spesies terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu
Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.

Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.

Perlindungan hidupan liar diperkasa, denda RM10 juta antara pencapaian NRES 2024
NRES telah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.

Op Taring: PDRM rampas senjata tiruan, hidupan liar tanpa permit dan ubatan tanpa kelulusan
PDRM akan mempergiatkan risikan dan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah ini demi keselamatan masyarakat.

Perhilitan Kedah siap siaga tangani konflik hidupan liar semasa banjir
Perhilitan sedia memastikan konflik antara hidupan liar dan manusia dapat dikurangkan serta diatasi dengan sebaik mungkin.

Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.

Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.

Peranti pengesan pergerakan dicadang untuk kurangkan insiden langgar hidupan liar
Penggunaan teknologi IoT dan AI melalui peranti pengesan pergerakan dicadangkan di kawasan jalan raya yang kerap berlaku insiden 'roadkill' atau melanggar hidupan liar.