KUALA LUMPUR: Akibat menjual walkie-talkie tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), sebuah syarikat menjual kelengkapan telekomunikasi dan pengarahnya masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Mahkamah memerintahkan Ooi Hee Choon dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, syarikat dan pengarah terbabit masing-masing didakwa menjual kelengkapan komunikasi iaitu dua unit walkie-talkie jenama Baofeng model UV-5RA dan tiga unit walkie-talkie jenama Baofeng model BF-888S yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di Pusat Perdagangan Persiaran Jalil 3, Bukit Jalil di sini, pada 10.30 pagi, 2 Oktober 2019.
Syarikat terbabit dan pengarahnya didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu, Ooi yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan memandangkan dia telah mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa mahkamah selain syarikatnya mengalami kerugian selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengawai Pendakwa MCMC, Mai Zairani Zainal Abidin berkata, mengikut trend kes pada 2019 hingga 2020 yang membabitkan kesalahan dan peralatan sama, denda dikenakan ke atas pesalah antara RM1,000 hingga RM35,000.
"Sehubungan itu, saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal yang bersifat pengajaran agar dia tidak mengulangi kesalahan sama," katanya.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pemandu lori, Mohd Razman Ramli, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada satu nombor telefon dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Hantaran itu didakwa dilihat di sebuah rumah di Ara Damansara, pada 2.49 petang, 20 April 2020.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Hakim Norshila Kamaruddin menetapkan 10 Mac untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman. Kes itu dikendalikan Pegawai Pendakwa MCMC Nur Nazhzilah Mohd Hashim manakala Mohd Razman selaku OKS tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Ooi yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan memandangkan dia telah mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa mahkamah. - Gambar hiasan
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Miliki, jual walkie-talkie tidak diperakui MCMC, peniaga didenda RM14,000
Seorang penjual alat komunikasi didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menjual dan memiliki 16 unit walkie-talkie yang tidak diperakui MCMC.
Jual walkie-talkie tidak diperakui MCMC, sebuah syarikat dan pengarah didenda RM4,000
Ooi yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan memandangkan dia telah mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa mahkamah
Tiada talian mudah alih dan internet, penduduk 4 kampung terpaksa guna walkie talkie
Kampung Loboh seakan terpinggir biarpun ia hanya terletak dua kilometer dari pekan Nabawan.