KANGAR: Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan ia melibatkan sebanyak 183,743 penerima manfaat dengan penjimatan hingga 20 peratus iaitu membabitkan RM2.3 juta subsidi yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Kementerian akan meneruskan program JMKU ini dalam menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, daging dan ayam dengan tawaran penjimatan harga sebanyak 20 peratus berbanding di pasaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan SKM itu sempena majlis perasmian Bulan Koperasi Kebangsaan dan Hari Koperasi Negara 2024 di sini pada Jumaat yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.
Menurut SKM, kerajaan memperuntuk RM100 juta tahun ini melalui Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM bagi menyediakan modal pusingan kepada koperasi yang menjalankan aktiviti ekonomi berpotensi dan berjaya maju.
"Pakej pembiayaan ini telah ditambah baik dengan had siling ditingkatkan hingga RM30 juta termasuk menyediakan pakej khas kepada koperasi yang tersenarai dalam kalangan Indeks 100 Koperasi Terbaik di Malaysia dan yang mempunyai prestasi bayaran balik pembiayaan yang lalu yang memuaskan," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak RM6.75 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Perniagaan Melalui Koperasi 2.0 (Bantuan Pembangunan) kepada koperasi yang aktif dan menjalankan aktiviti ekonomi berdaya maju untuk menaik taraf infrastruktur perniagaan masing-masing.
"Kementerian juga telah memperuntuk RM2 juta di bawah Program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) dan bantuan akan diberi kepada koperasi dalam sektor pelancongan yang dapat meningkatkan daya pasaran produk pelancongan mereka seperti hotel, inap desa, resort, chalet, perkhidmatan pengangkutan pelancong dan hasil kraf tangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan di khemah Jualan Rahmah yang dibuka sempena Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.