KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah menjadi jenama popular Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang setahun pentadbiran kerajaan MADANI, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Beliau berkata inisiatif Payung Rahmah yang kini meliputi pakej, bakul, jualan dan menu merupakan household bagi KPDN dengan yang paling mendapat sambutan ialah jualan dan menu Rahmah.
"Dianggarkan Jualan Rahmah telah memanfaat lebih lima juta pengguna yang biasanya berbaris dan menunggu berjam-jam bagi menikmati diskaun 10 hingga 30 peratus," katanya ketika ditemu bual secara maya menerusi program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM hari ini.
Menurut Fuziah, kejayaan Jualan Rahmah mendorong KPDN untuk memperkenalkan Jualan Rahmah bergerak melalui inisiatif Kedai Cari Rakyat dengan lori memasuki kawasan B40 termasuk kampung, flat dan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Inisiatif Payung Rahmah diperkenalkan pada awal tahun ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia Julai lepas, bertujuan membantu rakyat menghadapi pelbagai cabaran berhubung kenaikan kos sara hidup terutama ketika negara dan ekonomi sedang pulih daripada kesan pandemik COVID-19.
Mengimbas semula pengenalan inisiatif itu bersama Allahyarham Salahuddin, Fuziah berkata ketika itu KPDN meletakkan harapan untuk pendekatan berkenaan menjadi penyelesaian jangka pendek masalah kos sara hidup rakyat dan mampu bertahan beberapa bulan.
Beliau berkata inisiatif itu dimulakan dengan peruntukan kecil iaitu RM100 juta dan kemudian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memberikan tambahan RM50 juta dan kesemua RM150 juta itu disalurkan untuk pemberian diskaun kepada pengguna.
Menyentuh mengenai fokus terkini KPDN, Fuziah berkata pihaknya telah bersedia menghadapi situasi banjir menjelang hujung tahun dengan membenarkan pemborong dan peruncit di kawasan tertentu menambah stok barangan keperluan hingga 30 peratus.
Selain itu, persediaan dari segi logistik sudah dilakukan untuk menggerakkan bank makanan KPDN ke kawasan banjir, katanya.
Beliau berkata menjelang 2024, KPDN akan memberi tumpuan kepada penyasaran subsidi diesel dan minyak masak.
Kata Fuziah, bagi diesel KPDN akan mengenal pasti lori membawa barang keperluan yang layak mendapat kad subsidi diesel supaya barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga ekoran peningkatan kos pengangkutan.
Bagi (penyasaran subsidi) minyak masak pula katanya, KPDN akan mengenal pasti mekanisme untuk membantu pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Fuziah berkata inisiatif Payung Rahmah yang kini meliputi pakej, bakul, jualan dan menu merupakan household bagi KPDN dengan yang paling mendapat sambutan ialah jualan dan menu Rahmah. - Gambar fail/BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tiada kenaikan harga secara melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.

Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.

KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.

Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.

KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.