KUALA LUMPUR: Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.
Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.
Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaaan beras tempatan.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka masa pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.
"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka masa pendek.
"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import,'" katanya kepada Bernama.
Pada 1 Sept lepas, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan mengumumkan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
Asyikin berkata, pemantauan penguat kuasa FOMCA mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.
"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi mengalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global. - Gambar hiasan/BERNAMA

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna
Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat.