KUALA LUMPUR: Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan KL Sentral-Butterworth, 10 laluan KL Sentral-Ipoh, lapan laluan KL Sentral-Padang Besar, dan masing-masing dua laluan Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.
Perkhidmatan KTM Intercity pula beroperasi dengan 22 servis terdiri daripada dua Ekspres Timuran, enam Ekspres Selatan dan 14 Shuttle Timuran.
"Mulai 1 Julai, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran akan beroperasi semula dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Tumpat termasuk perkhidmatan Ekspres Selatan yang akan beroperasi dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Gemas," menurut KTMB dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
Menurutnya operasi bagi laluan Kempas Baru ke Johor Bahru Sentral sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Sentral (PLBEGJB) pada 23 Nov lepas.
"Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan, bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut Aidiladha, cuti sekolah serta mereka yang merancang untuk bercuti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Mohd Rani Hisham Samsudin dalam kenyataan sama.
Beliau berkata memandangkan pintu sempadan negara telah dibuka dan kemasukan pelancong dijangka meningkat sehingga akhir tahun ini, pelanggan disaran untuk membeli tiket segera bagi menikmati kadar tambang murah serta memilih tempat duduk.
Sementara itu, pelanggan KTMB boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM15 dengan menggunakan kod promo 'CUTIKERETAPI2' bagi perjalanan sehingga 30 Nov serta diskaun tambang perjalanan berkumpulan sebanyak 25 peratus melalui Pakej Keluarga Malaysia menggunakan promo kod 'KMKTMB22' untuk pembelian tiket dewasa atau kanak-kanak.
Pengguna boleh membuat pembelian tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau saluran media baharu rasmi KTMB dan laman sesawang di www.ktmb.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.

Penganjur gembira capai jumlah jualan tiket yang besar untuk Sukan Olimpik Paris
Sukan Olimpik Paris menyaksikan satu rekod jualan sebanyak 9.56 juta tiket dan Sukan Paralimpik mencapai jualan tiket sebanyak 2.58 juta.

Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France
Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.

Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual
Sambutan jualan tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang TicketHotline.com.my, amat memberangsangkan.

MYAirline diarah henti jualan, tempahan tiket - MAVCOM
MAVCOM mengarahkan MYAirline menghentikan segera jualan dan tempahan tiket di semua platform tempahan hingga notis selanjutnya.

Selepas Tomok buat laporan polis, penganjur konsert dedah tak terima duit tiket RM100,000!
Penganjur berjanji akan membayar kembali duit penonton konsert yang menampilkan Tomok, Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad itu jika mereka terima duit penjualan tiket berkenaan.

JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor
Kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

PRU15: Pengundi bersemangat pulang mengundi, jualan tiket melonjak
Tiket pengangkutan awam bagi kebanyakan operator pengangkutan awam laris dan hampir habis dijual berikutan pengundi bersemangat untuk pulang ke kampung untuk mengundi.

Piala Dunia 2022: Fasa terakhir jualan tiket bermula hari ini
Fasa akhir jualan tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan bermula pada 27 Sept jam 12 malam waktu tempatan Doha (5 petang Waktu Malaysia).