GEORGE TOWN: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seharusnya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan seterusnya menjaga imejnya sebagai pemimpin kerajaan negeri yang dihormati.
Itu, teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan judi ekor dengan Pulau Pinang.
Wan Salim berkata, kenyataan yang dibuat beliau adalah tidak wajar dan ia amat mendukacitakan.
Malah ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang yang sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan Islam di negeri berkenaan.
"Selaku seorang ‘abang’, suka saya menasihatkan Menteri Besar Kedah ini supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
"Beliau perlu menjaga imej jawatan disandangnya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri yang dihormati, bukan sebagai pemimpin di peringkat kampung atau kawasan yang pengaruhnya agak terhad," katanya.
BACA: Tiada lagi kelulusan lesen baharu diberikan kepada premis judi di Kedah
Dalam masa sama, Wan Salim juga menasihatkan Muhammad Sanusi supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan pemimpin lain terutama negeri jiran, sebaliknya berusaha menjalin hubungan mesra dengan semua pihak.
"Kita sedia maklum bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada raja atau sultan di Malaysia. Pulau Pinang termasuk dalam negeri yang segala urusan mengenai agama Islam terletak secara langsung di bawah Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, walaupun Pulau Pinang kini diperintah Pakatan Harapan (PH) menerusi gabungan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), namun kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan tetap terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri.
Sebagai contoh, katanya, bajet yang diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi melaksanakan pelbagai program keislaman di negeri ini mencecah hampir RM70 juta sejak tahun 2008.
"Sebagai seorang Pemimpin Kerajaan sebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia, beliau sepatutnya mempamerkan kematangan berfikir dan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dalam menghayati semangat Keluarga Malaysia sebagaimana yang dicetuskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini," katanya lagi.
Pada Ahad, Muhammad Sanusi memaklumkan kerajaan negeri Kedah akan mengharamkan semua kedai nombor ekor daripada terus beroperasi dengan tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka dan bagi rakyat Kedah yang ingin membeli judi ekor itu, mereka boleh mendapatkannya di Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Nov 15 2021

Wan Salim (kiri) berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi adalah tidak wajar dan ia amat mendukacitakan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Polis Kelantan rampas 30 ketulan mampat ganja, 18,000 pil yaba
Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 30 ketulan mampat dadah jenis ganja seberat 31.73 kilogram (kg) dan 18,000 biji pil yaba dalam dua serbuan berasingan pada Khamis lepas.

Keputusan tidak luluskan lagi lesen judi bukan bertujuan sekat hak mana-mana pihak - MB Kedah
Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.

Judi ekor: Sebagai 'abang' saya nasihatkan MB Kedah hati-hati keluar kenyataan - Mufti P. Pinang
Ia boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang yang sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan Islam di negeri berkenaan.

38 ditahan dalam Op Dadu di Sungai Petani
Seramai 38 warga tempatan ditahan dalam Op Dadu membanteras judi ekor tanpa lesen susulan serbuan ke atas 28 premis di beberapa taman perumahan di Sungai Petani, Kedah, pada Ahad.