KUALA LUMPUR: Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching, Sarawak pada 30 hingga 31 Julai ini.
Bertempat di Arena Sukan Simpang Tiga, penganjuran ini membuka peluang bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun yang berbakat dan punya potensi dalam sukan ini.
Lebih menarik, mereka yang terpilih akan menjalani latihan bersama jurulatih profesional di Kuala Lumpur.
Setakat ini, siri jelajah di Kuala Lumpur menerima sambutan luar biasa dengan merekodkan jumlah penyertaan sebanyak 440 peserta.
BACA: Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
BACA: Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Orang Sarawak yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari laman web Astro di astro.com.my/rancangan/kem-badminton.
Kali terakhir Kem Badminton Astro dianjurkan pada 2019 dengan menerima penyertaan lebih 2,673 peserta melibatkan siri jelajah di beberapa negeri termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Wed Jul 27 2022

Setakat ini, siri jelajah di Kuala Lumpur menerima sambutan luar biasa dengan merekodkan jumlah penyertaan sebanyak 440 peserta. FOTO: Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Juh sertai Kem Badminton Astro di Kuching ujong Julai tok
Selepas empat siri jelajah di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah, penganjuran edisi penutup Kem Badminton Astro 2022 akan melabuhkan tirainya di Kuching pada 30 hingga 31 Julai ini.