Sifat jujur, amanah dan cekap dalam diri masing-masing merupakan faktor penting bagi setiap graduan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan,kata Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang juga merangkap Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata elemen integriti merupakan salah satu etika kerja yang sangat penting kepada pencapaian hasil kerja yang berkualiti tinggi.
Katanya, dengan adanya integriti kerja ia berupaya mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam organisasi serta penghasilan mutu kerja yang berkualiti tinggi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen UTP ke-16 di sini pada Ahad.
Dalam majlis tersebut, seramai 87 graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, 138 menerima Ijazah Sarjana manakala 1,244 lagi mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan Teknologi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pro-Canselor UTP Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Canselor UTP Datuk Dr Abdul Rahim Hashim.
Abdullah, juga menyeru golongan belia untuk turut bersama dan bergiat aktif dalam proses pembangunan negara termasuk daripada segi penciptaan kekayaan.
Menurut beliau, para graduan perlu menggunakan ilmu yang diperolehi dengan inovasi dan kreativiti supaya dapat memberi nilai tambah dan akhirnya membawa kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.
Jelasnya, adalah menjadi harapan universiti, agar para graduan dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman semasa di universiti bagi kemajuan serta kemakmuran masyarakat dan negara.
Sementara itu, Dr Abdul Rahim berkata UTP meneruskan pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan mencipta sejarah apabila menjadi universiti swasta pertama yang dianugerahkan penarafan enam bintang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tambahnya, penarafan berprestij tinggi telah melalui proses penilaian terperinci di bawah Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) bagi kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
Abdul Rahim menjelaskan, di peringkat Asia pula, sejak penyertaan UTP di QS Asia University Ranking pada 2013, UTP kini berada di kedudukan 127 iaitu peningkatan sebanyak 74 kedudukan.
Sementara itu, daripada sepuluh program Sarjana Muda yang ditawarkan di UTP, tiga daripadanya tersenarai di antara 300 program terbaik dunia iaitu Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Beliau berkata kejayaan yang dicapai menjadi pembakar semangat untuk meneruskan kecemerlangan UTP sebagai universiti swasta terbaik bukan sahaja di negara ini malah sehingga ke peringkat global.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Nov 06 2016

Tun Abdullah berkata, dengan adanya integriti kerja ia berupaya mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam organisasi. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.

Bayar balik pinjaman PTPTN: Mulakan alam pekerjaan dengan amanah dan beretika
Pendidikan tinggi bukan sekadar peluang untuk memperbaiki taraf hidup individu tetapi juga asas kepada pembangunan negara.

'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.

Jelajah Ikon Madani beri pendedahan, persediaan memasuki industri
Program tersebut turut menyantuni para pelajar dengan sesi penyerahan sumbangan bantuan tunai dan keperluan asas.

Jujur, amanah dan cekap etika sebenar masuki alam pekerjaan - Tun Abdullah
Beliau turut berkata, elemen integriti merupakan salah satu etika kerja yang sangat penting kepada pencapaian hasil kerja yang berkualiti tinggi.