KUCHING: Pengalaman 10 tahun dalam kabinet negeri akan dimanfaatkan sepenuhnya Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bagi merealisasikan agenda kementerian itu menjelang tahun 2030.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau optimis bahawa barisan kabinet negeri yang lain akan bersatu hati membangunkan Sarawak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai satu pasukan.
Jelasnya lantikan itu adalah satu bentuk kepercayaan dan amanah yang untuk wakil rakyat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta kementerian.
“Lantikan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang saya perlu galas bersama-sama dengan rakan-rakan di kementerian kami dan kesemua kakitangan jabatan serta agensi berkaitan dalam merealisasikan capaian bekalan air, elektrik dan jaringan telekomunikasi di seluruh Sarawak menjelang tahun 2030.
“InsyaAllah, saya akan gunakan pengalaman lebih 10 tahun dalam barisan kabinet negeri untuk bersama-sama Ketua Menteri dan seluruh ahli-ahli kabinet baharu yang lain membangunkan Sarawak dan menjalankan tugas sebagai satu pasukan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Untuk rekod, Julaihi telah memegang portfolio menteri muda dalam barisan kabinet negeri sejak tahun 2011 sehingga 2021 melibatkan beberapa kementerian.
Antara portfolio yang pernah dipegang beliau ialah Menteri Muda Perindustrian Pelaburan dan Promosi, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Menteri Muda Jalan Pesisir dan portfolio terakhir sebelum Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) sebagai Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Dec 30 2021
Jelasnya lantikan itu adalah satu bentuk kepercayaan dan amanah yang untuk wakil rakyat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta kementerian.
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Petros harus pastikan peruntukan gas dijalankan secara strategik dan adil - Julaihi
Petros juga main peranan penting dalam menarik pelabur, memupuk penyertaan tempatan lebih besar dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Sarawak aktifkan pelan tindakan musim kemarau - Julaihi
Pihak berkuasa bekalan air di Sarawak mengaktifkan pelan tindakan bagi mengurangkan kesan musim kemarau yang dijangka berlarutan hingga Ogos ini.
Belanjawan 2023: Sarawak perlu peruntukan lebih besar untuk pembangunan utiliti - Julaihi
Peruntukan untuk liputan bekalan air di Sarawak jauh daripada cukup Julaihi
Sarawak pertimbang wujudkan satu entiti bekalan air bersepadu - Julaihi
Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi pertimbang untuk mewujudkan satu entiti bekalan air bersepadu bagi mengukuhkan kecekapan operasi agensi di bawahnya.
LAK bakal berhadapan cabaran tangani masalah bekalan air
LAK bakal berhadapan cabaran tangani masalah bekalan air
Julaihi optimis realisasikan agenda Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi
Pengalaman 10 tahun dalam kabinet negeri akan dimanfaatkan sepenuhnya Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bagi merealisasikan agenda kementerian.
PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.
Pegawai JKR ditempatkan di pangkalan feri di Sarawak bermula esok
Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menempatkan seorang pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) di setiap pangkalan feri di negeri itu berkuat kuasa serta-merta.
Tragedi feri Triso: Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial - Julaihi
Ia bagi menghormati keluarga mangsa dalam tragedi yang mengorbankan sembilan sekeluarga di Pengkalan Feri Triso