PUTRAJAYA: "Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam".
Demikian komen Datuk Seri Takiyuddin Hassan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat yang memutuskan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Setiausaha Agung Pas itu berkata, beliau sedih dengan perkembangan terbaharu itu dan memberi amaran perkara sama mungkin berlaku kepada enakmen syariah negeri lain kelak.
“Kita amat sedih hari ini... Jumaat yang hitam kepada syariah Islam, kepada undang-undang Islam. Itu yang boleh kita gambarkan.
“Saya sebagai peguam, kita tahulah… bila undang-undang jenayah syariah satu negeri dibatalkan, bermakna undang- jenayah syariah Islam di negeri lain... 14 buah negeri lain berada dalam keadaan berbahaya dan kritikal.
“Mana-mana orang... katakanlah di Negeri Sembilan ke, di Melaka ke, dituduh kesalahan... contohnya liwat, dia akan bawa kes ini ke mahkamah ini dan beritahu kes di Kelantan kesalahan yang sama dibatalkan,” katanya ketika ditemui di hadapan Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.
BACA: Mahkamah Persekutuan putuskan 16 kesalahan Kanun Jenayah Syariah Kelantan batal, tidak sah
Tambah beliau, pihaknya amat beremosi dan membangkang petisyen tersebut kerana menganggap ia bukan perkara kecil.
Tegasnya, mempertahankan syariah juga bermakna mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu kerana undang-undang itu mendapat perkenan Sultan sebelum dilaksanakan.
Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Kota Bharu itu menjangkakan ramai ahli Parlimen akan mengemukakan soalan berhubung keputusan tersebut dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.
“Saya difahamkan ramai ahli kita telah mengemukakan soalan (bertulis) berkaitan dengan cabaran terhadap undang-undang syariah yang ada di negeri
“... dan kita tahu bahawa di peringkat Persekutuan ini ada satu jawatan kuasa dipanggil Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor
“Jadi, kita juga akan bertanya di Parlimen apa hasil daripada jawatankuasa MKI ini... apa yang dah buat untuk melindungi kedudukan undang undang syariah atau mungkin ada usaha untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong atau pengerusi MKI sendiri,” katanya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu Perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
Dalam penghakiman berkeputusan 8-1 itu, Tengku Maimun berkata Seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34 , 36, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47, 48 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli pula membuat keputusan bertentangan.
Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Ridauddin Daud
Fri Feb 09 2024

Takiyuddin menjangkakan ramai ahli Parlimen akan mengemukakan soalan berhubung keputusan tersebut dalam sesi Dewan Rakyat akan datang. - Gambar/ Astro AWANI

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.

Kelantan akan ganti Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982 - Exco
Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.

N. Sembilan akan rujuk ketetapan jawatankuasa khas dalam perkasa undang-undang syariah - MB
Setakat ini, tiada keperluan mewujudkan jawatankuasa di peringkat negeri bagi membincangkan perkara berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.

'Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam' - Takiyuddin
"Jumaat yang hitam kepada syariah dan undang-undang Islam," kata Takiyuddin mengenai keputusan mahkamah memutuskan 16 enakmen syariah Kelantan tidak sah.

Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor
Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Johor masih boleh didakwa dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah negeri berkenaan.

Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.

Anggota Jawatankuasa Khas penggubalan undang-undang syariah dilantik dalam masa terdekat
Senarai individu terlibat telah dimuktamadkan, terdiri daripada golongan pakar perundangan, kehakiman serta pengamal undang-undang di Malaysia.

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

Umat Islam digalak amal konsep seru kebaikan demi cegah gejala negatif
Konsep itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan hakikat kebenaran ilmu pengetahuan dan undang-undang.