Jumlah golongan homoseksual dan transgender di negara ini menunjukkan peningkatan setiap tahun, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Penolong Pengarah Kanan Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Mohd Yusof berkata, sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013, iaitu peningkatan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun.
Bagi golongan transgender pula, beliau berkata dalam tempoh 20 tahun, jumlah golongan transgender menunjukkan peningkatan sebanyak 200 peratus iaitu sebanyak 30,000 orang pada tahun ini berbanding 10,000 orang pada tahun 1988 dan kebanyakan daripada golongan ini bekerja sebagai pekerja seks.
"Peningkatan itu boleh jadi pelbagai faktor kerana dengan keterbukaan mungkin satu sudutnya media sosial yang ada pada hari ini. Golongan muda mempunyai akses lebih banyak kepada internet dan media sosial.
"Ini secara tidak langsung menggalakkan mereka lebih terbuka untuk akses kepada mobile apps yang berkaitan dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan video-video yang tidak sepatutnya untuk mereka tonton," katanya kepada pemberita selepas Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari, di sini hari ini.
Mohd Izwan berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memantau tingkah laku serta pergerakan anak-anak mereka selain memberi perhatian sepenuhnya agar anak-anak tidak merasa kurang kasih sayang sehingga mereka boleh terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat itu.
Beliau berkata, selain daripada akses yang mudah kepada internet, faktor lain yang mendorong seseorang itu terjebak dalam golongan LGBT ialah kurang kasih sayang, pola asuhan (cara anak-anak dibesarkan), sikap ibu bapa yang terlalu melindungi serta sering dibuli dan diejek.
"Kami mencadangkan kepada masyarakat bermula dari rumah kalau boleh ibu bapa mengawasi anak-anak. Kalau dulu kita risau anak-anak kita keluar rumah tak balik-balik, hari ini kena lebih risau kalau anak-anak kita dalam bilik dan tak keluar-keluar," katanya.
Beliau turut mencadangkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak-anak yang berumur di bawah 16 tahun ke asrama memandangkan kes-kes gay dan lesbian banyak berlaku di asrama terutamanya di sekolah yang mempunyai satu jantina sahaja.
"Pada peringkat umur 12 ke 15 tahun mereka tidak matang dan tidak tahu membezakan mana sentuhan yang boleh, mana sentuhan yang tidak boleh," katanya.
Mengenai program penyembuhan, Mohd Izwan berkata seramai 1,450 orang membabitkan komuniti LGBT telah menyertai program di bawah Jakim yang membantu memberi kesedaran kepada mereka untuk kembali kepada fitrah.
"Soal perubahan itu ia subjektif. Ada yang sudah mengubah penampilan dan ada yangwalaupun dia masih dalam penampilan yang berlawanan dengan jantina asal tapi sudah mula meninggalkan pelakuan homoseksual dan ada juga yang sudah berkahwin. Ada yang walaupun tidak berkahwin dia mampu mengawal diri daripada terjebak melakukan pelakuan homoseksual," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 29 2018

Sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013. - REUTERS/Fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.

Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.

Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim
Sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013.

LGBT bukan penyakit mental - Boon Chye
Kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental.

Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'
Kerajaan Pulau Pinang digesa tidak tunduk dengan desakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid
Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi.

Jangkitan HIV: Punca salah guna dadah menurun, homoseksual dan biseksual kini penyumbang utama
Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.

Kes saman Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan selesai
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Kenyataan LGBT Timbalan KPN tidak masuk akal - Marina
Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, polis seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah jenayah dalam negara ini dan tidak memperbesarkan isu yang tidak wujud.

Perhimpunan LGBT Singapura tetap berlangsung di tengah-tengah bantahan
Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT.