PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas, menurut Perangkaan Demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata jumlah kelahiran bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,260 kelahiran berbanding 53,094 kelahiran bayi perempuan.
"Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 20,648 kelahiran, manakala Labuan merekodkan jumlah terendah dengan 375 kelahiran," katanya.
Sementara itu beliau berkata 46,646 kematian direkodkan pada suku ketiga 2023, penurunan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 51,841 kematian.
"Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,217 kematian manakala Putrajaya terendah dengan 72 kematian," katanya.
Dari segi umur, katanya bilangan kematian umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 32,417 kematian (69.5 peratus), diikuti oleh umur 41-59 tahun (20.8 peratus), umur 15-40 tahun (7.2 peratus) dan umur 0-14 tahun (2.5 peratus).
Mohd Uzir berkata penduduk Malaysia pada suku tahun ketiga tahun ini dianggarkan 33.5 juta, meningkat 1.8 peratus berbanding suku tahun ketiga 2022 (32.9 juta).
Penduduk lelaki meningkat daripada 17.2 juta kepada 17.5 juta manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 16 juta bagi tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jumlah kelahiran di Malaysia berkurangan 2.8 peratus pada suku ketiga 2023
Jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan 2.8 peratus kepada jumlah 110,354 kelahiran pada suku ketiga tahun ini berbanding 113,506 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Finland catat kadar kelahiran terendah dalam tempoh 150 tahun
Pada 2022, seramai 44,933 kanak-kanak dilahirkan di Finland, sementara jumlah kematian pula sebanyak 62,886 warga.

Kelahiran di Malaysia turun tiga peratus suku ketiga 2022
Selangor catat kelahiran hidup tertinggi iaitu 22,260 kelahiran manakala Labuan merekodkan kelahiran terendah dengan 376 kelahiran.