PUTRAJAYA: Bilangan kematian menurun lapan peratus pada 2022 kepada 206,525 berbanding 224,569 kematian pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Jabatan itu memaklumkan pada 2022, 61.1 peratus atau 126,268 daripada 206,525 kematian merupakan kematian yang disahkan secara perubatan manakala 38.9 peratus atau 80,257 adalah kematian yanng tidak disahkan secara perubatan.
Berdasarkan statistik Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2023 yang dikeluarkan hari ini, DOSM memaklumkan penyakit jantung iskemik merupakan kematian utama pada 2022 dengan 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.
"Penyakit jantung iskemik adalah sebab kematian utama sejak lebih dua dekad lepas kecuali pada 2021 iaitu COVID-19 menjadi sebab kematian utama," menurut DOSM.
Dari segi kumpulan umur, penyakit jantung iskemik merupakan sebab kematian utama bagi penduduk berumur 41 hingga 59 tahun dan 60 tahun dan lebih, masing-masing pada 20 dan 16.7 peratus.
Kemalangan kenderaan pula merupakan sebab kematian utama bagi penduduk berumur 15 hingga 40 tahun dengan 19.2 peratus manakala pneumonia adalah sebab kematian utama bagi penduduk berumur 0-14 tahun dengan empat peratus.
"Semua negeri di Malaysia merekodkan penyakit jantung iskemik sebagai sebab kematian utama pada 2022 kecuali Sabah dan Sarawak yang merekodkan pneumonia sebagai sebab kematian utama pada tahun yang sama," menurut DOSM.
DOSM memaklumkan Kelantan merekodkan peratusan tertinggi bagi penyakit jantung iskemik iaitu 23.3 peratus diikuti Perlis dengan 23.1 peratus dan Melaka sebanyak 20 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023

Penyakit jantung iskemik merupakan kematian utama pada 2022 dengan 20,322 kematian atau 16.1 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan. - Gambar hiasan

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.

Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.

Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.

1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.

71 maut akibat wabak penyakit misteri di Congo
Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang telah meragut lebih 70 nyawa.

Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).

Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.

Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Sepanyol
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.