KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah mencatatkan sedikit peningkatan pagi ini manakala di Perlis pulih sepenuhnya.
Di PERAK, mangsa banjir di tiga daerah meningkat sedikit kepada 217 orang daripada 62 keluarga pagi ini berbanding 210 orang daripada 61 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, dua PPS masih dibuka iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang menempatkan 109 orang daripada 32 keluarga manakala di PPS Dewan Serbaguna Chikus seramai 19 orang daripada lima keluarga.
"Di Kerian, 23 orang daripada empat keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala jumlah mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 57 orang daripada 19 keluarga," menurut kenyataan itu.
"Di Kinta pula, sembilan orang daripada dua keluarga dari Taman Meru 2C ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A manakala kesemua 19 mangsa daripada enam keluarga yang berlindung di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta telah pulang ke kediaman masing-masing," menurut kenyataan itu.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 107 mangsa pagi ini berbanding 31 mangsa malam tadi, selepas dua PPS dibuka di daerah Kota Setar.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua PPS itu adalah SK Titi Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah.
"Kedua-dua PPS ini masing-masing dibuka pada 5.30 petang dan 11 malam semalam bagi menempatkan seramai 76 mangsa daripada 27 keluarga di daerah Kota Setar yang terjejas banjir susulan hujan lebat pada sebelah petang.
"Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Seberang Chegar, Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor Perang, Kampung Bohor dan Kampung Anak Bukit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, satu lagi daerah yang terjejas banjir adalah Kubang Pasu, membabitkan jumlah mangsa yang pindah masih kekal 31 orang daripada tujuh keluarga seperti malam tadi, yang ditempatkan di SK Malau.
PPS itu dibuka pada Isnin lepas susulan hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir di beberapa kawasan antaranya Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di daerah tersebut.
Sementara itu di PERLIS, keadaan banjir pulih sepenuhnya apabila PPS di Dewan Titi Tinggi Hilir di Padang Besar yang dibuka awal pagi semalam ditutup sepenuhnya pada 8 pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mangsa banjir 41 orang daripada 12 keluarga yang masih berada di PPS itu malam tadi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini setelah air surut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kedah mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Perlis pulih sepenuhnya. - Foto fail/Sinar Harian
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan
Setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.