IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang daripada 84 keluarga malam ini berbanding 277 orang daripada 88 keluarga pagi tadi, yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan di daerah Hilir Perak sebanyak 227 mangsa daripada 75 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, melibatkan penduduk Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman.
"PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian pula menempatkan 41 mangsa daripada sembilan keluarga dari Kampung Matang Tengah," menurut kenyataan itu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Bidor juga menurun tetapi masih pada tahap bahaya dengan ketinggian 3.70 meter berbanding 3.93 meter pagi tadi iaitu melepasi paras normal 2 meter.
Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh mengguna laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.
Selain itu, F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang laluan kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Di daerah Hilir Perak sebanyak 227 mangsa daripada 75 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan MPTI Langkap. - Gambar fail/Astro AWANI

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

PIL1 kunci pertumbuhan mampan, ketersambungan Pulau Pinang - Exco
PIL1 merupakan projek infrastruktur penting yang bertujuan menyokong matlamat perancangan bandar jangka panjang Pulau Pinang dan meningkatkan ketersambungan di seluruh pulau.

Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.

Dua laluan alternatif Seremban-Kuala Pilah dijangka siap 2026, 2027
Aminuddin menyatakan bahawa kerja-kerja fizikal akan dimulakan selepas proses pengambilan tanah dan penilaian impak alam sekitar diselesaikan.

Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat
Dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.

Banjir Kedah: Jalan Gunung Keriang ditutup untuk semua kenderaan
Penutupan Jalan Gunung Keriang Sungai Baru membabitkan jarak sejauh lebih kurang 1.5 kilometer itu bermula dari Petronas Bandar Anak Bukit.

Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang
Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang daripada 84 keluarga malam ini berbanding 277 orang daripada 88 keluarga pagi tadi.

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Jangan alih penghadang jalan laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis - Polis
Mengulas lanjut Sik berkata setakat ini sebanyak lima kes kemalangan direkodkan di laluan alternatif berkenaan dan tidak melibatkan kemalangan maut.

Gua Musang sesak: Perantau boleh guna jalan lain balik Kelantan - JPJ
Perantau yang pulang untuk berhari raya di Kelantan masih mempunyai beberapa pilihan jalan bagi mengelakkan kesesakan di Gua Musang.

Jalan tutup, pengguna SPRINT diminta guna jalan alternatif mulai esok
Situasi itu melibatkan pengguna dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di persimpangan Maarof.