KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di 233 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri menurun kepada 37,526 orang pada 10 malam Sabtu, berbanding 40,738 orang mangsa di 257 PPS pada 6 petang.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa melibatkan 11,019 keluarga.
Di SELANGOR, aplikasi InfoBencana JKM memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 16,743 melibatkan 3,693 keluarga di 87 PPS berbanding 16,953 mangsa yang ditempatkan 88 PPS petang tadi.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di lima daerah iaitu di Gombak; Hulu Selangor; Petaling; Hulu Langat dan Sepang sehingga 11 malam ini.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan seramai 21,726 orang mangsa banjir masih ditempatkan di 148 PPS di daerah Kuantan, Bera, Pekan, Maran, Temerloh dan Bentong setakat 8 malam ini.
Sekreteriat itu turut memaklumkan 36 jalan masih ditutup di empat daerah, antaranya di Temerloh melibatkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Jalan Gemas-Temerloh dan Jalan Temerloh-Mentakab, selain di Pekan melibatkan Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak-Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.
Di daerah Maran, antara jalan ditutup ialah Jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Serengkam dan Jalan Kampung Wau/Kertau, manakala di Bera melibatkan Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru, Jalan Charuk Puting-Guai selain Jalan Triang Satu.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula menyatakan tiga sungai kekal berada di paras melebihi bahaya iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Sungai Kundang (Maran) dan Sungai Bera (Bera), dengan trend menurun setakat 8.30 malam.
Di KELANTAN setakat 10 malam ini jumlah mangsa banjir kekal seramai 685 orang daripada 222 keluarga melibatkan lima PPS kesemuanya di jajahan Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya manakala dua sungai berada paras waspada iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 203 individu daripada 56 keluarga, dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat malam ini.
Di MELAKA jumlah mangsa banjir kekal 29 daripada sembilan keluarga setakat 8 malam ini.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata hanya satu PPS dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Kampung Parit Penghulu di Jasin.
"Kesemua mangsa kini berada di PPS tersebut manakala di Alor Gajah, semua PPS telah ditutup," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021

Sebahagian mangsa banjir yang mendaftar masuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjalani ujian saringan COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.