Banjir di daerah Raub semakin pulih dengan sebuah pusat pemindahan ditutup pagi ini manakala tiga lagi masih beroperasi dan menempatkan 101 orang berbanding 122 orang di empat pusat pemindahan yang direkodkan malam tadi.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang, Zainal Yusoff, berkata kesemua 31 keluarga itu melibatkan penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Padang Manggis, Masjid Gali, Gali Hilir, Kuala Temau, Ajai dan Kuala Gali.
"Tiga pusat pemindahan banjir yang masih dibuka itu ialah Dewan Serbaguna Kampung Pia yang menempatkan 50 orang daripada 14 keluarga, Kompleks Mini Sukan Kampung Kuala Gali (30 orang daripada sembilan keluarga) dan Masjid Kuala Temau (21 orang daripada lapan keluarga)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Gali Tengah yang dibuka 9.50 pagi semalam dengan menempatkan 56 orang ditutup pada 9 pagi ini.
Bernama
Tue Nov 24 2015
Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan seorang OKU daripada kawasan banjir di Raub semalam. - Twitter/BombaJBPM
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.
Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.
Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.
RM2.8 juta lesap, warga emas terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian lebih RM2.8 juta akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud di laman media sosial.
Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).
Dialog Tiga Penjuru: Jika Trump mahu Gaza siapa yang boleh halang?
Cadangan Trump ambil alih Gaza, gencatan senjata hanya sekadar scam?
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Usir rakyat Palestin, bagaimana undang-undang antarabangsa boleh halang?
Adakah PBB atau badan antarabangsa lain perlu campur tangan sekiranya tentera AS ditempatkan ke Gaza?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.
Tujuh rakyat Itali didakwa jadi sasaran perisian pengintip di WhatsApp
Kerajaan Itali memaklumkan tujuh pengguna telefon bimbit di negara itu menjadi sasaran perisian pengintip dan menyifatkan kejadian itu sebagai sangat serius.
AWANI Sabah+: Ekonomi biru jana pendapatan baharu Sabah
Cabang pendapatan menerusi Ekonomi Biru berpotensi menarik pelabur asing demi merancakkan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Banjir di Raub pulih dengan kesemua pusat pemindahan ditutup
Tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa daripada 31 keluarga telah ditutup secara berperingkat pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan
Tiga lagi pusat pemindahan masih beroperasi pagi ini yang menempatkan 101 orang, berbanding 122 orang di empat pusat pemindahan yang direkodkan malam tadi.