KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Sarawak dan Perak terus merekodkan peningkatan, manakala Kelantan, Terengganu dan Johor berkurangan setakat malam ini.
Di SABAH mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Belud meningkat kepada 68 mangsa daripada 21 keluarga malam ini berbanding 13 mangsa daripada lima keluarga petang tadi.
Selain itu, fenomena air pasang besar menyaksikan seramai 276 mangsa daripada 61 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Pitas malam ini berbanding 223 mangsa daripada 52 keluarga petang tadi, sebagai langkah berjaga-jaga.
Di SARAWAK, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada kepada 363 orang daripada 93 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 305 orang daripada 73 keluarga petang tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di tujuh PPS membabitkan dua di bahagian Bau, tiga di Samarahan dan masing-masing satu di Serian dan Kuching, manakala PPS Dewan Masyarakat Ladong, Sebuyau telah ditutup malam ini.
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF MENGENAI BANJIR DI SINI!
Di PERAK, seramai 65 orang daripada 16 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Hilir Perak dan Bagan Datuk setakat 8 malam ini.
Sekretariat JPBN berkata PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) mencatatkan sedikit pertambahan iaitu 51 mangsa daripada 10 keluarga yang terjejas akibat bencana itu membabitkan daerah Hilir Perak.
Beliau berkata PPS berkenaan sebelum ini menempatkan 37 mangsa daripada tujuh keluarga iaitu penduduk di Kampung Batu 7, Lorong Mesra Changkat Jong.
Di KELANTAN seramai 17,398 mangsa banjir daripada 5,818 keluarga berlindung di PPS direkodkan, berkurangan berbanding 18,924 mangsa banjir daripada 6,182 keluarga pada petang tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan 48 PPS di lima jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok.
Sementaran itu, jumlah mangsa banjit di TERENGGANU juga menurun daripada 23,634 petang tadi, kepada 20,552 dengan kesemuanya ditempatkan di 153 PPS di semua lapan daerah.
Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di sebuah PPS di Segamat menurun sedikit kepada 32 orang setakat pukul 8 malam ini, berbanding 34 orang petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Sarawak dan Perak terus merekodkan peningkatan, manakala Kelantan, Terengganu dan Johor berkurangan setakat malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa mereka ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah pada 25 Januari lepas, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Muhammad Zaim Zulkifli Ariff berkata, mereka hairan mengapa anak muda yang menuntut negara bebas rasuah ‘diseret’, tetapi bukan bukan sang perasuah, atau pencuri harta negara.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.