KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah di tujuh negeri dinaiki air, dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan pagi ini.
Di SABAH, Telupid dan Sandakan menjadi dua daerah terbaharu terlibat dengan pemindahan mangsa banjir pagi ini, selepas Kota Marudu, Paitan dan Beluran.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan pertambahan daerah terbaharu itu menjadikan mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS meningkat kepada 717 orang daripada 212 keluarga berbanding 566 mangsa daripada 182 keluarga malam tadi.
Sekretariat itu juga memaklumkan Paitan mempunyai 16 kawasan yang terjejas banjir diikuti Kota Marudu (10), Telupid (dua), manakala Beluran dan Sandakan masing-masing satu kawasan.
Kota Marudu kekal daerah paling ramai mangsa banjir dipindahkan dengan dua PPS dibuka, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga dan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan yang menempatkan 251 mangsa daripada 70 keluarga.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan kepada 1,122 orang melibatkan 279 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 677 orang daripada 173 keluarga pada pukul 8 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 11 kawasan di Alor Gajah, lima kawasan di Melaka Tengah dan tiga kawasan di Jasin.
"Seramai 653 mangsa daripada 172 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Alor Gajah, manakala 437 mangsa daripada 101 keluarga ditempatkan di dua PPS di Melaka Tengah serta 32 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di JOHOR, mangsa banjir di daerah Segamat dan Tangkak terus meningkat kepada 1,646 orang daripada 425 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 1,167 orang daripada 297 keluarga yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata terdapat pertambahan lapan lagi PPS di daerah Segamat iaitu Balai Raya Pogoh Tengah, Balai Raya Kampung Pudu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, Balai Islam Kampung Gubah, Sekolah Agama Gemereh, Balai Raya Kampung Bukit Tunggal Baru, Balai Raya Sekolah Kebangsaan Kampung Mendusut Lama dan Bangunan GPW Felda Mendoi, menjadikan kesemuanya 27 PPS dibuka, manakala Tangkak kekal satu PPS yang dibuka.
"Lapan daerah masih menerima hujan kecuali Tangkak dan Pontian, yang mendung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata dua sungai kekal melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat di Bandar Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Sri Makmur, Tangkak.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini seramai 1,804 orang dengan 39 PPS beroperasi di lapan daerah.
Daripada jumlah itu, 649 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua melibatkan daerah Raub, Lipis, Bera, Maran dan Rompin.
Laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan enam sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah, Sungai Lipis di Benta dan Sungai Jelai semuanya di Lipis; Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Serting di Padang Gudang, Bera; dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan cuaca hujan di semua daerah sini sepanjang hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri itu sebanyak 1,767 orang daripada 460 keluarga membabitkan 16 PPS setakat pukul 7 pagi ini.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal seramai 308 orang daripada 109 keluarga melibatkan lima PPS di dua jajahan, iaitu empat di Kuala Krai dan satu di Jeli setakat pukul 8 pagi ini.
Sementara itu, portal rasmi JPS melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, manakala empat sungai merekodkan bacaan paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai; Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah; Sungai Kelantan; dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir kekal 147 orang daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS pagi ini.
Di Dungun, jumlah mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor kekal 68 orang daripada 20 keluarga dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 orang daripada 22 keluarga, manakala di Surau Kampung Ban Ho di Kemaman terdapat 10 orang daripada dua keluarga.
Portal rasmi JPS memaklumkan tiada stesen bacaan sungai yang melepasi paras bahaya pagi ini, namun tiga sungai masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut; Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu; dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Rakaman gambar dari udara berkenaan situasi semasa banjir yang melanda sekitar Pengkalan, Alor Gajah, Melaka, 1 Jan 2022. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
KPDN keluar notis kepada peniaga jual gulai kambing harga 'kayangan'
KPDN mengeluarkan notis bertulis kepada pemilik perniagaan yang tular di media sosial kerana disyaki menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.