KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka, manakala di Negeri Sembilan merekodkan sedikit peningkatan sementara di Perak pula jumlah mangsa kekal, setakat pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN mencatatkan penurunan apabila 1,389 orang daripada 472 keluarga pagi ini berbanding 1,666 orang daripada 572 keluarga, semalam, melibatkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya yang mana hanya dua sungai sahaja berada pada paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.
Di SELANGOR, Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) memaklumkan negeri itu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 17,915 dari 4,407 keluarga melibatkan 101 pusat pemindahan sementara berbanding 18,126 orang di 103 PPS malam tadi.
Setakat 4 pagi tadi, Polis Selangor memaklumkan 10 jalan telah dinaiki air dan ditutup untuk laluan kenderaan di negeri tersebut melibatkan lapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu.
BACA: Bencana banjir: 10 jalan masih ditutup di sekitar Selangor
Jalan yang ditutup adalah Lorong Ikan Haruan, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights (IPD Subang Jaya); Jalan Olak Lempit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (IPD Kuala Langat); Jambatan FT 31 Dengkil - Banting (IPD Sepang) dan Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra (IPD Sungai Buloh)
Turut ditutup Jalan Sg Panjang - Tanjung Malim (IPD Sabak Bernam); Jalan Kuala Selangor - Meru dan Jalan Kuala Selangor - Bestari Jaya (IPD Kuala Selangor) manakala jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang ditutup ekoran rosak serta Jalan PJU 7, Hadapan MRT, Mutiara Damansara ditutup kerana berlubang (IPD Petaling Jaya).
JPS memaklumkan aras air Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada pada paras bahaya semalam kini di paras amaran dengan ketinggian 4.15 meter.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di PAHANG pagi ini sedikit menurun kepada 34,390 orang yang ditempatkan di 245 PPS kini berbanding 34,487 di 246 PPS semalam, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur menerusi catatan Twitter memaklumkan laluan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, melibatkan Chenor ke Temerloh sudah dibuka namun Temerloh ke Karak masih tidak boleh dilalui kedua-dua hala.
Di MELAKA pula, jumlah mangsa menurun kepada 110 mangsa daripada 27 keluarga setakat 8 pagi ini dan kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata daripada jumlah itu, sebanyak 42 mangsa dari 13 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah.
"Di daerah Jasin pula, jumlah mangsa masih kekal iaitu sebanyak 68 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Penghulu Benteng," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, jumlah mangsa di PERAK setakat 8 pagi ini masih kekal dengan 153 mangsa dari 44 keluarga di dua PPS di daerah Hilir Perak.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata sebanyak 105 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan manakala 48 mangsa lagi berada di PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.
Beliau berkata cuaca pada pagi ini dilaporkan baik dan cerah namun air banjir yang belum surut sepenuhnya menyebabkan mangsa masih belum dibenarkan pulang sejak ditempatkan di kedua-dua PPS Ahad lepas.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 309 individu daripada 84 keluarga dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat pagi ini.
Dalam pada itu, daerah terkesan bencana kini beralih ke fasa pascabanjir dengan dengan bantuan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh agensi penguat kuasa dan badan bukan kerajaan (NGO).
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, sebanyak 56, 904 jumlah mangsa direkodkan di seluruh negara dan terdapat 363 PPS dibuka setakat 9 pagi ini.
Sementara itu, menurut JPS, lima sungai utama di seluruh negara berada di paras bahaya setakat 7 pagi ini, iaitu Sungai Pahang di Water Front; Lubuk Paku; Kuala Sungai Chini dan Sungai Bera serta Sungai Kundang di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Sebahagian penduduk Kampung Bemban, Simpang Durian menunggu bantuan bekalan makanan yang dibawa oleh anggota JBPM. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.