KUALA LUMPUR: Kenanga Research menjangkakan sektor automotif negara mengekalkan aliran menyamai 2023 pada tahun ini, berdasarkan faktor pendorong seperti pelancaran baharu yang kukuh.
Malah, prospek pendapatan industri itu juga mantap, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 200,000 unit setakat akhir Disember 2023 dengan separuh daripadanya meliputi barisan model baharu, sekali gus menjadi tarikan di mata pembeli.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) juga menjangkakan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 710,000 unit tahun ini, sebagaimana diunjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Bagi segmen kenderaan elektrik (EV), keterujaan terus ketara membabitkan pelancaran kenderaan seperti BYD Seal dan Model 3 Tesla serta jangkaan pengenalan EV nasional pertama pada 2025.
"Kenderaan baharu masih dianggap sebagai sesuatu yang mampu milik bagi kebanyakan isi rumah walaupun dalam persekitaran inflasi tinggi dan ekonomi global yang perlahan.
"Ini berteraskan keyakinan pengguna yang kukuh selain disokong oleh kestabilan ekonomi dan pasaran kerja yang sihat," katanya.
Sentimen positif itu juga disokong oleh kemampuan pemilikan kenderaan seperti harga kereta baharu yang stabil susulan penangguhan peraturan duti eksais baharu dan kos sewa beli yang berpotensi lebih murah menerusi pengenalan kaedah pengurangan imbangan dalam pengiraan faedah selain model baharu lebih menarik.
"Namun, kami maklum bahawa rasionalisasi subsidi bahan api mungkin menjejaskan permintaan bagi model pertengahan pasaran selain kekal optimis terhadap jualan kenderaan segmen mampu milik. Ini berikutan pembeli seperti kumpulan B40 yang juga sasaran pasaran utama, akan terlepas daripada kesan rasionalisasi subsidi dan berpotensi meraih manfaat daripada pengenalan gaji progresif," katanya.
Sementara itu dalam nota penyelidikan berasingan, RHB Research mengunjurkan TIV bagi 2024 mencatat 625,000 unit sejajar dengan purata 10 tahun dan berdasarkan kekurangan faktor menggalakkan untuk membolehkan jualan automotif mengulangi angka rekod tertinggi.
"Malah, jualan kereta yang kukuh dalam tempoh dua tahun lepas juga mencerminkan pembelian barangan mahal yang terpaksa ditangguhkan sewaktu pandemik iaitu 2020 dan 2021 yang mendapat rangsangan besar seperti pengecualian cukai jualan kenderaan.
"Pelancaran model berharga murah pada dua tahun lepas seperti model Perodua Myvi yang dipertingkatkan, Axia serba baharu dan Proton Saga 2022, turut melonjakkan permintaan pasaran bagi kereta nasional.
Berikutan itu, RHB Research mengekalkan saranan "neutral" dan lebih berhati-hati terhadap prospek 2024 susulan kekurangan faktor pemangkin untuk memacu jualan dan perolehan pendapatan di paras tertinggi baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Prospek pendapatan industri itu juga dilihat mantap, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 200,000 unit setakat akhir Disember 2023.- Gambar hiasan/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Jumlah pelancaran baharu, tempahan pacu sektor automotif tahun ini - Kenanga Research
Sektor automotif dijangka mengekalkan aliran menyamai 2023 tahun ini, berdasarkan faktor pendorong seperti pelancaran baharu yang kukuh.