KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain berkata sebanyak 30,375 pendaratan penyu dicatatkan di perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 2023 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 27,324.
Beliau berkata bentuk muka bumi dan kekurangan ancaman di perairan negara menjadi faktor menyumbang kepada peningkatan berkenaan, selain pelaksanaan program penetasan telur penyu.
"Berdasarkan rekod terkini dari 2017 hingga 2023, secara keseluruhannya trend pendaratan penyu di Malaysia adalah meningkat. Anggaran purata adalah sebanyak 30,000 pendaratan setahun.
"Antara spesies penyu yang banyak dijumpai di perairan kita ialah penyu agar, penyu karah dan penyu lipas. Pihak kami menyasarkan jumlah itu akan terus meningkat pada tahun ini," katanya kepada Bernama selepas Program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini pada Isnin.
Adnan berkata pendaratan penyu belimbing, kali terakhir direkodkan DOF pada 2017 di Rantau Abang, Terengganu.
"Puncanya mungkin bilangan populasi penyu belimbing semakin berkurangan dan program kita buat sebelum ini tidak dapat menentukan jantina populasi antara jantan atau betina tidak begitu baik yang menyebabkan penyu itu tidak dapat membiak di lautan," katanya.
Justeru beliau menyeru semua masyarakat terus bekerjasama dalam memelihara alam sekitar supaya ekosistem pendaratan penyu terus menunjukkan angka positif, selain haiwan itu tidak mendarat di pantai lain untuk membiakkan telur mereka.
"Masyarakat diharap tidak membuang plastik merata-rata sebab kalau ia (plastik) terlepas di lautan akan menjadi ancaman nyata kepada penyu yang menganggap bahawa itu adalah makanannya iaitu ubur-ubur.
"Saya juga memohon kerjasama semua pihak untuk menghentikan amalan memakan telur penyu kerana itu tidak baik untuk ekosistem negara serta dari segi usaha pembiakan penyu itu sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

DOF merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas. - Gambar fail

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.

Pokok merambong ditanam di pesisir pantai tingkat pendaratan penyu karah
Pokok dari jenis tumbuhan renek itu berupaya menarik tumpuan penyu karah untuk mendarat dan bertelur.

MPM arah henti kerja korek pasir di Pantai Pasir Panjang
Lesen dan permit bahan batuan serta mineral bagi kerja-kerja terbabit dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Pengusaha pusat konservasi penyu terkilan operasi diarah tutup
Rasli berkata beliau menerima notis penutupan operasi daripada jabatan itu kerana memiliki penyu tanpa lesen selain diarah melepaskan kesemua haiwan terbabit ke habitat asal pada 21 April lalu.

Kembalikan kegemilangan pendaratan penyu, tarik pelancong - Exco
Kerajaan negeri akan terus memberi fokus kepada usaha-usaha konservasi penyu dan tuntung di 46 kawasan yang mana 14 daripadanya telah diwartakan sebagai pusat pemuliharaan dan santuari penyu.

Melaka cadang warta Pantai Padang Kemunting kawasan pendaratan penyu karah
Pewartaan itu penting bagi memastikan kawasan itu kekal menjadi habitat penyu karah dan dapat meminimumkan aktiviti pembangunan yang menjejaskan habitat hidupan marin.