Jumlah penduduk Malaysia yang mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) secara dalam talian, atau "e-Census" masih di bawah sasaran.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kurang daripada 10,000 isi rumah mengisi e-Census setiap hari berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 37,000 isi rumah.
"Sasaran masih jauh, sehari secara purata kita sasarkan 37,000 isi rumah tetapi sekarang sehari hanya 8,000 hingga 10,000 yang mengisi secara e-Census...kita akan cuba tingkatkan (bilangan mengisi e-Census)," katanya kepada Bernama, ketika ditanya mengenai perkembangan Banci 2020.
Setakat ini hampir 500,000 penduduk Malaysia telah mula melaksanakan tanggungjawab dengan mengisi maklumat Banci 2020 sejak 7 Julai lepas, katanya.
Bagaimanapun, Mohd Uzir yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan mendadak individu mengisi e-Census pada Ogos ini susulan pihaknya giat melakukan pelbagai promosi.
"Kita pun telah bergerak dengan fokus kepada agensi-agensi kerajaan dan beberapa negeri juga telah kita turun padang untuk promosi e-Census," kata Mohd Uzir.
Projek bancian yang memasuki edisi keenam kini melibatkan kira-kira 32.7 juta penduduk dan sembilan juta kediaman, dijalankan dalam dua fasa, dengan fasa pertama bermula dari 7 Julai hingga 30 Sept ini dilaksanakan menerusi e-Census, manakala fasa kedua akan bermula 7 hingga 24 Okt menggunakan kaedah temu ramah secara bersemuka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020

Mohd Uzir berkata kurang daripada 10,000 isi rumah mengisi e-Census setiap hari berbanding sasaran 37,000. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus.

KDNK negeri Johor meningkat 2.4 peratus, berada di landasan pemulihan - Ketua Perangkawan
Ekonomi negeri Johor kini berada pada landasan pemulihan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri terbabit mencatatkan nilai RM131.1 bilion pada tahun lalu.

Penerbitan Subnasional DUN bantu ADUN rancang strategi tingkat ekonomi penduduk - Mustapa
Ia sebagai rujukan kepada ADUN mengenai maklumat Banci 2020 dari peringkat nasional sehingga kawasan terkecil.

COVID-19: Gelandangan meningkat di Sao Paulo akibat pandemik
Dapatan banci menunjukkan sekurang-kurangnya 31,884 tinggal di jalanan di bandar Sao Paulo.

Banci 2020: 330 petugas dijangkiti COVID-19, beberapa meninggal dunia
Lebih 300 petugas Banci Malaysia 2020 dijangkiti COVID-19 dengan beberapa dalam kalangan mereka meninggal dunia sepanjang tempoh operasi pembancian.

Aktiviti bancian gelandangan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini - DOSM
DOSM mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan Banci Malaysia 2020 secara bersemuka dan Drop Off and Pick Up.

Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).

Pasangan di China akan dibenar mempunyai tiga anak
China bakal melonggarkan dasar perancangan keluarga daripada dua kepada tiga anak bagi setiap keluarga.

55.1 peratus penduduk Malaysia telah dibanci setakat ini
Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.

17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.