ALOR GAJAH: Jumlah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditingkatkan kepada 15,000 orang tahun ini daripada hanya 9,000 orang sebelum ini, dengan peruntukan berjumlah RM54 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata walaupun tiada kenaikan bantuan bulanan, kementeriannya memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
"Sekarang kita (Kementerian Pertahanan) bayar RM300 sebulan. Jadi untuk setahun, sekitar RM3,600 dan bagi yang tidak dapat pencen, bantuan RM300 (sebulan) ini dapat meringankan beban mereka.
"Paling utama kita akan sentiasa melihat kepada kumpulan sasar dan berusaha meningkatkan lebih banyak bantuan merangkumi pendidikan, kesihatan dan kebajikan anggota veteran," katanya pada sidang media selepas menghadiri Jelajah Program Peduli Veteran (PPV) membabitkan enam keluarga di sini hari.
Beliau berkata keutamaan kementeriannya tidak terhad kepada anggota malah terhadap anak-anak dan balu anggota yang berpencen serta tidak berpencen.
Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, sebanyak 40 rumah dibina secara percuma kepada anggota veteran yang daif di seluruh negara.
"Bagi pendidikan anak-anak anggota veteran di universiti, kita juga sememangnya bagi bantuan RM1,500 sebagai permulaan pengajian peringkat Ijazah.
"Begitu juga aspek kebajikan, kesihatan, pendidikan serta keperluan anggota iaitu kita ada beri bantuan dari segi susu, makanan dan lampin pakai buang yang merupakan inisiatif dalam menjaga kebajikan veteran yang mengalami masalah kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata walaupun tiada kenaikan bantuan bulanan, kementeriannya memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.

Menteri jamin data penerima PSP selamat
Beliau berkata langkah pembetulan telah dilakukan ke atas portal tersebut oleh pasukan kementerian yang bertanggungjawab dalam masa beberapa jam selepas masalah itu dilaporkan.