KUALA LUMPUR: Bilangan siswazah menganggur berkurangan kepada 4.1 peratus pada tahun 2021, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, 33.9 peratus siswazah menganggur adalah dalam kalangan kelompok berkaitan dengan bidang kemahiran.
Beliau yang memetik Statistik Siswazah 2021 berkata, bilangan graduan di Malaysia ialah 5.61 juta orang tahun lepas, yang mewakili 22.1 peratus daripada penduduk negara yang bekerja dan berumur 15 tahun ke atas.
"Pada 2021, ekonomi Malaysia secara beransur memperoleh semula momentum ke arah pemulihan, dan seterusnya memupuk keadaan pasaran buruh yang lebih sihat pada tahun itu berbanding 2020. Sehubungan itu bilangan graduan yang bekerja meningkat lima peratus kepada 4.57 juta orang (2020: 4.35 juta orang).
"Kira-kira dua pertiga (64.8 peratus) diambil bekerja dalam kategori pekerjaan mahir. Bagaimanapun, jumlah itu menurun sebanyak 1.2 peratus berikutan pengurangan dalam kategori pengurus manakala dua lagi pekerjaan mahir iaitu profesional dan juruteknik serta profesional bersekutu, mencatatkan peningkatan dalam jumlah graduan yang bekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siswazah ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai sijil tertinggi yang diperoleh daripada universiti, kolej, politeknik, badan yang diiktiraf atau setaraf dengannya, dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya dua tahun.
Mohd Uzir berkata, 32.9 peratus siswazah bekerja dalam pekerjaan separuh mahir sebahagian besarnya sebagai pekerja sokongan perkeranian (14.4 peratus), diikuti pekerja perkhidmatan dan jualan (10.8 peratus) dan pekerja kraf dan perdagangan yang berkaitan (4.2 peratus) dan 2.3 peratus telah diambil bekerja dalam kategori berkemahiran rendah.
Mohd Uzir dalam pada itu berkata, ketika negara memasuki tahun kedua mengharungi krisis kesihatan awam yang memerlukan pelaksanaan pelbagai sekatan sosial dan ekonomi, cabaran struktur pasaran buruh kekal seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan pengangguran yang berterusan.
Beliau berkata, dari perspektif sektor ekonomi 77.4 peratus graduan bekerja dalam sektor perkhidmatan, diikuti 13.7 peratus dalam sektor pembuatan dan enam peratus dalam sektor pembinaan.
Katanya, bilangan siswazah menganggur menurun 2.5 peratus tahun lepas, selepas mencatatkan lonjakan dua angka sebanyak 22.5 peratus pada 2020.
Mohd Uzir juga berkata, upah dan gaji yang lebih tinggi direkodkan untuk graduan pada 2021 berbanding tahun sebelumnya, dengan purata gaji dan upah bulanan meningkat 2.1 peratus kepada RM4,582 (2020: RM4,489). - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Bilangan siswazah menganggur berkurangan kepada 4.1 peratus pada tahun 2021, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini. - Gambar hiasan
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
PM minta himpunan pesawah tidak ganggu lawatan Prabowo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan pesawah dari seluruh negara yang dilaporkan akan berlangsung di Putrajaya hari ini, supaya tidak mengganggu perjalanan lawatan negara Presiden Indonesia Prabowo Subianto ke Malaysia.
Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di ibu negara hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb- KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancarannya.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara.
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan labuan hingga tengah hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.
Mardi lancar 'Green House Projek Inisiatif Keterjaminan Makanan 2025'
Ia merupakan sebahagian daripada Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 yang bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian inovatif.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, KBS rancang lahir lebih ramai penulis muda
Ia bagi merancang beberapa aktiviti berbentuk penulisan membabitkan golongan belia bagi melahirkan lebih ramai penulis muda.
Jumlah siswazah menganggur turun kepada 4.1 peratus tahun lepas
Sebanyak 33.9 peratus siswazah menganggur adalah dalam kalangan kelompok berkaitan dengan bidang kemahiran.
Punca siswazah masih menganggur, tarikh luput skim pencen tumpuan Dewan Rakyat
Beberapa isu menarik bakal menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.