KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan peningkatan trafik penumpangnya untuk Malaysia lebih enam kali ganda pada separuh pertama 2022 (1H 2022) berbanding tempoh yang sama pada 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata ia mencatatkan 20.25 juta penumpang melalui rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara dari Januari hingga Jun 2022.
Penyambungan semula syarikat penerbangan asing yang aktif dan pembukaan laluan antarabangsa menyumbang kepada prestasi yang menggalakkan itu.
Jumlah pergerakan trafik penumpang Malaysia pada Jun 2022 berjumlah 4.54 juta, membentuk 63 peratus daripada jumlah pergerakan penumpang kumpulan itu sebanyak 7.21 juta, termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.
Malaysia mencatatkan 1.29 juta penumpang untuk trafik antarabangsa manakala trafik domestik berjumlah 3.24 juta.
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata trafik antarabangsa di Malaysia bertambah baik, dan ini dapat dilihat menerusi prestasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.
"Jumlah trafik antarabangsa KLIA melepasi paras sejuta penumpang buat kali pertama sejak pandemik.
"Ia merekodkan 1.09 juta penumpang antarabangsa iaitu peningkatan 21 peratus berbanding Mei.
"Lapangan terbang antarabangsa lain dalam rangkaian tempatan kami juga telah mencatatkan peningkatan jumlah penumpang antara 35 peratus dan 66 peratus pada Jun berbanding bulan sebelumnya.
"Kami yakin ia akan bertambah baik dengan lebih banyak penyambungan semula oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kami," katanya.
Iskandar Mizal menyatakan bahawa MAHB mengalu-alukan empat syarikat penerbangan asing yang memulakan semula operasi di Malaysia pada Jun.
Ia termasuklah Citilink dan Lion Air, terbang dilaluan Medan-Kuala Namu-Pulau Pinang, dan Air Busan (BX) serta Jeju Air, yang terbang dilaluan Seoul-Incheon (INC) - Kota Kinabalu (BKI).
Laluan INC-BKI ialah laluan baharu untuk BX. Selain kembalinya syarikat penerbangan asing, kumpulan itu juga menyaksikan permulaan semula laluan semasa prapandemik.
Batik Air memulakan semula laluan Subang (SZB)-Batam dan KL-Denpasar, manakala Firefly mengembalikan operasi SZB-Seletar.
Sementara itu, Pakistan International Airlines memperkenalkan laluan baharu yang menghubungkan Lahore ke KL.
Operasi MAHB di Turki kekal konsisten kerana ia merekodkan sejumlah 2.68 juta pergerakan penumpang, dengan rekod domestik 1.39 juta dan antarabangsa 1.29 juta, meningkat tiga peratus dari Mei 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

MAHB berkata ia mencatatkan 20.25 juta penumpang melalui rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara dari Januari hingga Jun 2022. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.