ANGGOTA kumpulan BTS, Jungkook yang sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri majlis Anugerah Grammy, kini disahkan pulih sepenuhnya dan akan menyertai kumpulan itu membuat persembahan, pada Ahad.
Perkara itu diumumkan Big Hit Music yang memberitahu Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19, lapor Soompi.
"Kami ingin memaklumkan bahawa ahli BTS Jungkook telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan tempoh kuarantinnya telah tamat pada Sabtu, 2 April.
"Jungkook telah menjalani kuarantin dan rawatan kendiri sejak 27 Mac, dan mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan di AS.
"Jungkook boleh meneruskan aktiviti hariannya mulai hari ini. Dia mengalami sedikit sakit tekak semasa kuarantin tetapi telah pulih," kata kenyataan Big Hit Music pada Ahad.
BACA: Jungkook BTS positif COVID-19 sebaik tiba di Amerika untuk hadiri Grammy
Selain menjadi sebahagian daripada barisan penghibur untuk Anugerah Grammy, BTS juga dicalonkan untuk Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik, yang menjadi pencalonan kedua mereka dalam kategori tersebut.
Astro Awani
Sun Apr 03 2022
Jungkook telah menjalani ujian pada Sabtu dan disahkan negatif COVID-19. - Gambar/ instagram @jungkook.97
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.
'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.
Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.