NIBONG TEBAL: Seorang juruaudit wanita di sebuah syarikat swasta di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerugian kira-kira RM1.48 juta selepas ditipu sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, mangsa berusia 43 tahun membuat laporan polis pada 9 Oktober lalu selepas tertipu dengan sindiket berkenaan.
Ah Thiam berkata, siasatan mendapati mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York menerusi aplikasi Facebook pada 2 Mei lalu.
Mangsa telah menekan pautan laman web yang terdapat pada iklan bagi mendapatkan penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.
"Mangsa yang berminat menyertai pelaburan tersebut kemudiannya membuat beberapa transaksi wang berjumlah RM1,486,750 ke dalam beberapa akaun yang diberikan sindiket.
"Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan keuntungan beserta modal yang dilaburkan, bahkan secara berterusan dipaksa menambah wang pelaburan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ah Thiam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 11 2023

Mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York. - Gambar hiasan

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Pekebun rugi lebih RM100,000 terperdaya pelaburan mata wang kripto
Wanita berusia 36 tahun itu berminat menyertai pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan sebelum mendaftar dalam sistem yang diberikan suspek.

Juruaudit rugi RM1.48 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa mula terjerat dengan sindiket itu selepas dia tertarik dengan iklan pelaburan kripto yang berpangkalan di New York.

Ahli perniagaan didakwa tipu pelaburan mata wang kripto RM2.45 juta
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu melibatkan pelaburan mata wang kripto berjumlah RM2.45 juta yang tidak wujud,

Pesara kerajaan rugi lebih RM4.4 juta ditipu pelaburan mata wang kripto
Seorang pesara kerajaan berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM4.4 juta akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Dua lelaki rugi RM3 juta ditipu pelaburan kripto, saham
Kes pertama, mangsa merupakan seorang doktor pakar kerugian lebih RM2 juta, manakala mangsa kedua ialah pesara jurutera syarikat swasta.