KUALA LUMPUR: Bertitik tolak daripada kesedaran untuk memulihara tumbuhan hutan termasuk orkid liar yang hampir pupus akibat pembalakan dan penerokaan tanah, Suzairi Zakaria, 46, mengambil inisiatif menanam semula tumbuhan unik itu di halaman rumahnya di Setiu, Terengganu.
Jurugambar berpengalaman lebih 15 tahun itu telah memulakan usaha pemuliharaan hutan hujan tropika sejak 2015 dan kini berjaya menanam semula lebih 2,000 spesies tumbuhan hutan termasuk 200 orkid liar yang ditemui di tanah bris dan kawasan pembalakan di sekitar negeri itu.
Suzairi berkata, tumbuhan hutan seperti paku-pakis, halia hutan, periuk kera, hoya dan pelbagai spesies lain serta orkid liar di tanam semula di halaman rumahnya yang dinamakan 'Pusat Kajian dan Konservasi WildDome', sehinggakan ia menjadi lokasi rujukan dan kunjungan ahli konservasi, penyelidik dan peminat orkid seluruh negara.
Beliau berkata minat untuk mengumpul orkid liar dan tumbuhan hutan bermula selepas beliau sering kali ke tanah bencah Setiu (Setiu Wetland) untuk merakam gambar-gambar berunsur alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan sebagai dokumentasi kepelbagaian biodiversiti di negeri itu.
"Ada tempat yang sudah biasa saya pergi dan apabila kembali semula, saya terkejut tempat itu telah berubah wajah akibat penerokaan tanah dan hutan, kebanyakannya adalah habitat semula jadi tumbuhan hutan dan orkid liar yang membiak dan menumpang pada dahan pokok besar.
"Jadi, mana-mana tumbuhan hutan dan orkid liar yang boleh diselamatkan saya bawa balik dan tanam semula," katanya sambil menambah telah meluaskan usaha konservasi itu di kawasan pembalakan lain termasuk di hutan sekitar Tasik Kenyir.
Berkongsi cabaran menanam semula pokok-pokok berkenaan, Suzairi yang juga dikenali Dome berkata beliau perlu menyesuaikan setiap spesies tumbuhan dengan habitat asalnya, seperti keperluan kepada cahaya matahari secara langsung, harus ditanam di kawasan redup dan ada juga tumbuhan tidak boleh terlalu lembab, kerana dikhuatiri dijangkiti kulat yang mengakibatkan tumbuhan mati.
Menariknya, usaha pemuliharaan biodiversiti Suzairi itu juga telah berjaya menemukan beberapa orkid liar dan tumbuhan hutan baharu antaranya periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes latiffiana, Nepenthes domei dan orkid liar pula seperti Bromheadia petuangensis, Dendrobium ruseae dan Dendrobium mizanii yang dinamakan sempena nama Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Saya perlu bekerjasama dengan ahli botani yang berkelayakan bagi menghuraikan penemuan spesies baharu kerana setiap penemuannya perlu ada penulisan kertas penyelidikan untuk mengesahkan penemuan itu di dalam mana-mana jurnal saintifik," katanya.
Antara institusi yang bekerjasama dengannya ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Selain dilantik Karyawan Tamu Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT, Suzairi juga menerima pengiktirafan antarabangsa daripada seorang pakar orkid Guatemala yang menamakan spesies orkid baharu di negara itu bersempena dengan namanya, Chysis domei atas usaha kerja botani dan menghuraikan spesies baharu khazanah biodiversiti di Terengganu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT Prof Madya Dr Jamilah Mohd Salim berkata usaha Suzairi secara tidak langsung telah memberikan impak yang besar untuk disebarkan kepada orang ramai dalam usaha mencintai dan mengenali kepelbagaian biodiversiti.
"Peranan beliau juga telah banyak membantu penyelidik universiti yang ketinggalan banyak perkara mengenai fenomena alam yang berlaku di dalam hutan," katanya.
Katanya terdapat lebih 200,000 spesies hutan tumbuhan dan lebih 1,000 spesies orkid liar di Semenanjung dan sehingga kini 248 orkid liar di Terengganu telah direkodkan dalam herbarium seperti Herbarium Singapura, Yayasan Orkid Switzerland dan National Herbarium of the Netherlands.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022
Suzairi mengambil inisiatif menanam semula tumbuhan hutan termasuk orkid liar yang hampir pupus, di halaman rumahnya, Setiu, Terengganu akibat pembalakan dan penerokaan tanah di negeri itu. - Bernama
FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.
Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
Hanya dengan tiru orang, Aizzul berjaya raih pendapatan lima angka
Baginya, untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah tiru setiap tindakan orang yang berjaya dan bukan hanya mendengar kata-kata mereka.
Kedai makan, penginapan tepi sawah keunikan baharu Sekinchan
Ideanya pernah digelar bodoh dan gila kerana hasrat mahu membuka kedai makan dan penginapan di tepi sawah di Sekinchan, Selangor.