PASIR GUDANG:Seorang jurukimpal maut manakala dua yang lain cedera susulan letupan yang berlaku di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, di sini pada petang Sabtu.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Pauzan Ahmad, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.
Mangsa yang dipercayai maut akibat letupan dikenali sebagai Wilson Anak Bangau, 43, terjatuh dari tempat kerja pengimpalan setinggi 15 meter.
Sementara mangsa yang cedera pula ialah Bonsi Anak Buli, 42, melecur dan patah kaki akibat terjatuh dari ketinggian yang sama.
Manakala Mohd Syafiq Abdul Rahman, 23, melecur di bahagian muka dan tangan.
“Semua mangsa sedang buat kerja-kerja tambahan untuk menutup ruangan lubang untuk mengambil sampel bahan,” kata Pauzan.
Kata beliau, kesemua mangsa juga telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk proses bedah siasat dan rawatan.
Letupan itu dipercayai akibat tindak balas api kimpalan dan gas dalam tangki yang menyimpan crude dan glycerin yang telah diproses.
Letupan itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi kilang.
Seramai 45 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Larkin, Zon 1 dan ibu pejabat JBPM Johor beserta empat jentera termasuk water tanker dan sebuah MRS digerakkan ke lokasi kejadian.
Ernalisa Othman
Sat Jan 16 2021
Kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian. - Gambar BERNAMA
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jurukimpal maut, 2 cedera akibat letupan di kilang
Kesemua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengimpalan di sebuah tangki dalam kilang memproses produk kelapa sawit ketika kejadian.