TEMERLOH: Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.
Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol mangsa yang merupakan anak saudara kepada isterinya.
Manira menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 21 Julai lepas, manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua yang akan berjalan selepas selesai hukuman pertama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Karak di sini antara 11 pagi dan 12 tengah hari sekitar pertengahan Jun lepas dan pada 11 pagi 19 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman sebat yang lebih supaya hukuman penjara dapat dikurangkan atas alasan dia mempunyai seorang anak kecil.
Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali memohon mahkamah mempertimbangkan faktor tertuduh telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang OKU pembelajaran yang dijaga isterinya sejak mangsa masih bayi.
Katanya perbuatan tertuduh terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 27 tahun mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol mangsa yang merupakan anak saudara kepada isterinya. - Gambar hiasan

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.

Tongkang terbakar: Seorang jurukimpal maut, lima masih terima rawatan
Yaser Abdullah meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.

Jurukimpal mengaku tidak bersalah rogol remaja OKU
Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun itu di sebuah rumah di Bachok pukul 4.45 petang pada 27 Jun 2020.

Jurukimpal rogol kanak-kanak OKU dipenjara 25 tahun, 20 sebatan
Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.

Jurukimpal maut tersepit paip keluli
Kejadian berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.

Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal
Bagaimanapun pasangan adik beradik itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.