PETALING JAYA: Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.
Terence Ee Soon Lee, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu yang hadir dengan memakai baju T berkolar berwarna kuning biru didakwa mengganggu kesantunan seorang kanak-kanak lelaki dengan menjentik kemaluan dan mencucuk lubang punggung mangsa dengan menggunakan kayu.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki terbabit dituduh mengganggu kesantunan seorang lagi murid lelaki dengan menjentik kemaluan mangsa.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah dewan sekolah di sini pada jam 2 hingga 2.30 petang, November dan Disember tahun lalu.
Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi.
Menurutnya, tertuduh yang merupakan jurulatih sukan sekolah itu telah didakwa melakukan kesalahan semasa latihan dodgeball dijalankan.
"Pihak kami dimaklumkan bahawa tertuduh telah ditamatkan perkhidmatan di sekolah berkenaan," katanya.
Sementara itu, peguam, Datuk Thrichelvam Rasiah yang mewakili Terence merayu agar ikat jamin itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 29 November depan untuk serahan dokumen.
Sebelum ini, media melaporkan kes gangguan seksual membabitkan jurulatih dodgeball dengan mangsanya melibatkan beberapa murid di sebuah sekolah rendah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 06 2023

Terence hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi menghadapi dua pertuduhan mengganggu kesantunan dengan menjentik kemaluan dua kanak-kanak berusia 11 tahun, November tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Pengawal keselamatan sekolah cabul murid darjah satu ditahan
Polis bertindak menahan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu semalam, setelah menerima laporan daripada rakan setugas suspek.

Guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah cabul murid lelaki darjah enam
Seorang guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalahatas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid Darjah Enam.

Jurulatih dodgeball didakwa jentik kemaluan dua murid
Seorang jurulatih dodgeball mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas dua pertuduhan menjentik kemaluan dua murid lelaki ketika mangsa berusia 11 tahun, November tahun lalu.

Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid
Hamdi dilapor mula bertindak berani sekitar 2013 apabila dia mula meraba dan menggosok kemaluan pelajarnya.

25 murid perempuan dicabul guru ketika 'diruqyah'
Kejadian didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.

Guru ditahan kerana cabul dua murid lelaki di Serian
Susulan laporan, sepasukan anggota siasatan jenayah Serian telah bertindak menahan guru terbabit yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Menyan.