GEORGE TOWN: Seorang jurulatih gimnasium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dan menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang gadis di sebuah pusat kecergasan di Air Itam.
Khaw Chee Young, 29, yang memakai baju T berwarna kelabu dan berseluar pendek biru itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan seorang gadis.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang belum berkahwin didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan gadis yang sama.
Oleh itu, dia didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di sebuah pusat kecergasan di All Season Place, Lebuh Raya Thean Teik pada jam 9.40 pagi, 7 Mac lalu.
Pegawai Pendakwa, Zaida Azwa Zainal menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin untuk pertuduhan pertama manakala untuk pertuduhan kedua, beliau menawarkan RM7,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang diwakili peguam H C Chan kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,000 sebulan selain wang jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
Selain itu, pasport tertuduh sudah tamat tempoh pada 2020 yang tidak membolehkannya keluar negara dan menjaminkan tertuduh hadir ke mahkamah setiap tarikh yang ditetapkan.
Mohamad Azlan menetapkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan kedua.
Kes ditangguhkan pada 17 April depan untuk serahan dokumen. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 10 2023

Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan mencabul seorang gadis pada 7 Mac lalu. -Foto Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jurulatih gimnasium mengaku tidak bersalah tuduhan cabul gadis
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.