Jurulatih selaman yang maut ketika aktiviti menyelam di Pulau Kalapuan, dekat sini Jumaat lepas, sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata ekoran itu Zainal Abdun, 31, membuat laporan polis pada tahun lepas.
Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian mangsa serta meneliti semua sudut bukti.
"Kita (polis) juga menjalankan siasatan kita ke arah laporan (polis) yang (pernah) dibuat si mati (Zainal)," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan ke lokasi Zainal bersama dua pelancong warga China ditemui mati di Pulau Kalapuan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Zainal bersama Zhao Zheng dan Xu Yingjie, 32, ditemui mati di Pulau Kalapuan, Semporna ketika aktiviti selaman.
Omar dalam pada itu berkata penemuan awal siasatan dan keputusan laporan bedah siasat kematian ketiga-tiga mangsa yang dikeluarkan Hospital Tawau Rabu lepas adalah selari angkara bom ikan dan polis sedang mencari saksi yang mendengar bunyi letupan pada hari kejadian.
"Finding (penemuan) awal kita adalah mangsa maut dipercayai akibat bom ikan dan hasil bedah siasat kematian pada Rabu lalu juga disahkan berpunca akibat kesan letupan bom ikan, dan ini selari dengan finding awal polis.
"Kita sekarang turut mencari saksi di pulau peranginan Kalapuan yang difahamkan ada mendengar bunyi letupan pada hari kejadian," katanya lagi dan polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam
Dalam pada itu, Omar berkata pihak berkuasa berhadapan cabaran bagi menangani aktiviti bom ikan yang semakin berleluasa sehingga ada yang mengakibatkan kematian.
"Penguatkuasaan tidak dapat dijalankan secara efektif disebabkan perairan (Sabah) yang begitu luas.
"Nelayan yang menggunakan bahan letupan ini juga begitu bijak, mereka menggunakan bot kecil yang senang lolos dengan melalui kawasan terumbu karang dan bot kita (penguat kuasa) tidak boleh lalui," katanya.
BACA: Perlu hukuman berat bagi nelayan guna bom ikan - Shafie
Namun, katanya cabaran itu bukan petanda polis serta pihak berkuasa lain akur dengan kekangan dihadapi, sebaliknya usaha akan dilipat ganda bagi menangani masalah tersebut.
Selain itu, Omar bersetuju dengan keperluan pemantauan keselamatan oleh agensi keselamatan di tapak-tapak selaman terutamanya di kawasan yang 'tidak biasa' dijadikan tapak aktiviti menyelam.
"Kita minta mereka ini (pengendali perkhidmatan pelancongan selaman) melaporkan kepada agensi keselamatan berkaitan aktiviti mereka ke tapak selaman untuk mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan semua pengusaha pelancongan memiliki lesen sebelum beroperasi.
"Begitu juga para pelancong yang mahu berkunjung ke pulau-pulau misalnya di Semporna atau melakukan aktiviti selaman, perlu memastikan bahawa 'company' (syarikat) yang mereka 'engage' (upah) itu syarikat pelancongan yang berlesen," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019

Pada Jumaat lepas, Zainal, Zhao Zheng dan Xu Yingjie (gambar) ditemui mati di Pulau Kalapuan, Semporna, ketika aktiviti selaman. Foto PDRM
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Wanita dikhuatiri hilang ketika aktiviti selaman di Pulau Satang, Kuching
Seorang wanita dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti selaman kira-kira 23 batu nautika dari Pulau Satang, di sini pada Sabtu.

Jurulatih selaman yang maut pernah diugut bunuh
Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian mangsa serta meneliti semua sudut bukti.