KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan di sekitar Taman Kajang Mewah kira-kira 7.50 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan direman sehingga 23 Mei ini.
Beliau berkata penahanan suspek berdasarkan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa berusia 43 tahun memaklumkan anak perempuannya iaitu pelatih wushu mengalami gangguan seksual dari jurulatihnya.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11 Feb sehingga 19 Feb lepas sekitar pukul 3 hingga 4 petang dan 12 tengah malam hingga 1 pagi, ketika mangsa berada di rumah jurulatih wushu tersebut.
"Mangsa berusia 13 tahun telah didatangi oleh suspek dan melakukan gangguan seksual atas alasan mangsa gagal mematuhi arahan suspek. Mangsa juga telah diugut oleh suspek jika memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Namun begitu, beliau berkata mangsa telah bertindak menceritakan kejadian yang berlaku kepada ayahnya iaitu pengadu dan pengadu segera membawa mangsa ke balai polis serta mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.
Mohd Zaid berkata kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan disebat.
"Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas. - Gambar hiasan
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Jurulatih wushu hadapi 10 tuduhan lakukan amang seksual terhadap pelatih remaja
Seorang jurulatih wushu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Jurulatih wushu ditahan berikutan laporan amang seksual remaja perempuan
Seorang jurulatih wushu ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 11 Mei lepas.