KUALA LUMPUR: Berulang-alik lebih 60 kilometer ke dalam hutan melalui jalan kebun kelapa sawit berlumpur dengan menunggang motosikal demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat perkhidmatan kesihatan menjadi pengalaman berharga buat Jururawat Masyarakat ini.
Berkhidmat di Klinik Desa Kota Perdana, Pekan, Pahang lebih dua tahun, perjalanan tersebut kini menjadi antara rutin buat Soria Nordin, 43, yang berkhidmat untuk masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut khususnya bidang perbidanan melibatkan ibu dan anak.
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria yang pernah bertugas di beberapa kawasan pedalaman termasuk perkampungan Felda, menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa.
"Pengalaman bekerja di kampung Orang Asli satu nikmat yang saya tidak boleh gambarkan sebab dari sudut perjawatan mungkin nampak sama seperti di hospital di bandar, tapi sebenarnya ia berbeza.
"Kita kena duduk dalam jiwa dia (masyarakat Orang Asli) bagi merapatkan jurang dan memudahkan perkhidmatan disalurkan kerana mereka ini kurang kefahaman dan pendedahan, contohnya kalau mereka makan sirih, kita kena belajar juga makan sirih supaya mereka boleh terima kita mendekati mereka," katanya kepada Bernama pada Pameran Bidan di Muzium Negara baru-baru ini.
Soria berkata dia perlu masuk bertugas dan berulang-alik sekurang-kurangnya sembilan kali untuk satu kes kelahiran melibatkan pesakit berpantang di rumah mengikut jadual ditetapkan namun lawatan perlu dibuat setiap hari sehingga pesakit sembuh sekiranya berlaku masalah seperti demam kuning.
Selain itu, Soria turut berdepan cabaran sikap pesakit yang kerap lari dan menyembunyikan diri apabila melibat kelibat petugas kesihatan selain pernah dihalau serta diganggu sebilangan masyarakat setempat.
"Pendekatan kita gunakan adalah tetap bersabar dan kemudian merujuk ahli keluarga lain atau Tok Batin, kita tak akan balik... sebaliknya selagi tak selesai kes, kita akan terus mencuba," katanya.
Menurut Soria, Jururawat Masyarakat juga bertanggungjawab dan menjadi barisan pertama yang perlu memastikan tahap kesihatan pesakit yang dilakukan secara manual di rumah tanpa peralatan canggih sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan.
"Perkara yang kami takut adalah kelahiran di rumah susulan lokaliti klinik desa dan penempatan tersebut yang jauh, kadang-kadang ada juga lokaliti yang tak dapat diakses kenderaan empat roda dan hanya boleh diakses oleh motosikal.
"SOP (prosedur operasi standard) kejururawatan adalah menyelamatkan kedua-dua nyawa, apabila berlaku kes kematian kita akan dipersoalkan, jadi kita adalah barisan pertama yang perlu memastikan keselamatan ibu dan anak terjamin dari peringkat awal," katanya yang turut menyifatkan masyarakat Orang Asli telah banyak berubah dan lebih mudah didekati berbanding dahulu.
Kongsinya masyarakat tersebut juga masih mengamalkan tradisi seperti lenggang perut dan amalan berpantang yang ketat buat ibu yang baru melahirkan termasuk tidak boleh keluar dari rumah selama 44 hari antaranya bagi mengelak digigit serangga.
"Sekiranya anak kena demam kuning dan perlu mendapat rawatan di Klinik Kesihatan cabarannya adalah kita perlu meyakinkan keluarga dan pesakit untuk keluar dari rumah dalam keadaan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang kejururawatan, Soria menyifatkan tanggungjawab tersebut mempunyai cabaran berbeza dan istimewa. - Bernama
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.
KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.
Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.
KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.
Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.