ARAU: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi sewaktu mangsa berusia 31 tahun itu mahu keluar bekerja.
Menurut Ahmad Mohsin, siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dengan isterinya yang juga jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar di ruang tamu kerana suspek menuduh isterinya itu curang.
Katanya, suspek berusia 38 tahun yang merupakan pesara tentera itu kemudian bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri.
"Selepas menikam mangsa, suspek memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
"Suspek kemudiannya bertindak menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi," katanya di sini, pada Sabtu.
Susulan itu polis melakukan siasatan ke atas rumah berkenaan dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama. Pemeriksaan lanjut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter.
Menurut Ahmad Mohsin, suspek telah ditahan dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya lagi polis akan mendapatkan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 30 2023

Polis menjalankan siasatan di rumah yang menjadi lokasi pembunuhan seorang wanita di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.

Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan
Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah menikam isteri dan anak kandungnya.

Polis tahan lelaki tikam isteri dengan batang besi
Mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium selepas tikam isteri
Suspek dilaporkan bertengkar dengan isterinya sebelum bertindak menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau.

Lelaki maut terjun tingkat 17 lepas tikam isteri - Polis
Ketika pergaduhan berlaku, beliau berkata suspek lelaki berusia 44 tahun bertindak menikam isterinya, 37, di bahagian dada.

Punca kematian jururawat akibat luka tikaman hingga ke hati, pembuluh darah
Punca kematian jururawat yang dipercayai ditikam suaminya adalah disebabkan luka tikaman hingga ke hati dan bahagian dalaman pembuluh darah.

Jururawat maut ditikam: 'Saya maafkan, tapi mahu hukuman setimpal' - Kakak
Kakak kepada jururawat yang ditemukan maut dipercayai ditikam suami di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam mahukan pembelaan dan hukuman seadilnya dikenakan terhadap pembunuh adiknya itu.

Jururawat maut ditikam suami angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada Sabtu.

Tikam isteri akibat cemburu, suspek berdepan hukuman mati
Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I menggunakan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang.