IPOH: Seorang jururunding mengalami kerugian sebanyak RM1.65 juta akibat membuat pelaburan mata wang kripto menggunakan platform 'Unobitex' yang tidak wujud.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dalam kenyataan malam Jumaat, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Taman Perak di sini, semalam.
Beliau berkata mangsa terbabit membuat aduan mengenai satu kes tipu pelaburan tidak wujud apabila suspek memperdayanya melalui laman media sosial Facebook dan aplikasi Telegram untuk membuat pelaburan mata wang kripto menggunakan platform berkenaan.
Katanya, siasatan polis mendapati pada awal September 2023, semasa mangsa berada di rumahnya itu, beliau telah diperkenalkan oleh seorang rakan yang dikenali melalui Facebook untuk membuat pelaburan dalam pasaran unit mata wang kripto melalui satu platform Unobitex.
"Sejak 12 Sept 2023, mangsa telah memasukkan dana sebanyak 44 kali ke dalam pelbagai akaun bank yang berbeza berjumlah RM1,651,585 (RM1.65 juta).
"Namun, apabila mangsa ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan, suspek telah meminta mangsa untuk membuat bayaran cukai negara Arab Saudi, barulah mangsa sedar bahawa beliau telah ditipu oleh suspek," katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Justeru, Mohd Yusri memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial, khususnya melalui aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti.
Beliau berkata orang ramai boleh menghubungi talian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang tidak wujud.
"Sebarang pertanyaan mengenai jenayah penipuan, mereka boleh menghubungi CCID Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Mohd Yusri Hassan, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Taman Perak.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah
Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.

SC sedia bekerjasama maju Malaysia sebagai hab kewangan digital inovatif, bertanggungjawab
Keutamaan SC ialah meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam landskap kewangan digital global, melengkapkan agenda transformasi digital negara.

PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan mata wang kripto
Suruhanjaya itu akan membangunkan kepakaran dalaman sebagai langkah memperkasa aspek penyiasatan melibatkan mata wang kripto.

Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko
Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata wang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata

Enam mengaku tidak bersalah culik warga China
Sepasang suami isteri dan empat individu didakwa menculik seorang lelaki warga China untuk mendapatkan wang tebusan berbentuk mata wang kripto.

Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.

Warga Israel ditangkap: Pantau laman sesawang gelap, aliran mata wang kripto - Penganalisis
Kerajaan perlu melaksanakan pemantauan laman sesawang gelap dan aliran mata wang kripto sebagai langkah membanteras ancaman keselamatan terhadap negara.

Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.

Nilai Bitcoin kini melangkaui RM250,000
Pada pagi ini, nilai Bitcoin telah turun semula ke RM250,962 yang masih lagi tinggi selepas menjunam seketika ke RM243,000 pada petang semalam.