Hasrat seorang juruteknik untuk melancong ke Rom, Itali tidak kesampaian selepas dia dipercayai diperdayakan pemilik syarikat pelancongan yang dikenalinya sejak dua tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510 yang dijelaskan untuk membeli tiga tiket penerbangan kelas perniagaan bagi tujuan itu.
"Mangsa membuat bayaran itu pada 26 Jun lepas kerana percaya kepada suspek memandangkan dia kerap menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi urusan pelancongan.
"Bagaimanapun, untuk kali ini, mangsa terkejut apabila isterinya yang cuba menyemak tempahan tiket itu di laman web syarikat penerbangan mendapati tiada tempahan atas nama mereka dibuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir menambah mangsa cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada suspek, yang berkeras menyatakan tempahan itu telah dilakukan walaupun gagal menunjukkan dokumen bagi menyokong perkara itu.
Sehubungan itu, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (gambar) berkata mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa kerugian RM28,510. - Gambar fail

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Suri rumah diperdaya serah barang kemas, rugi lebih RM16,000
Seorang suri rumah mengalami kerugian RM16,857 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis, kononnya untuk menyerahkan barang kemas bagi tujuan siasatan, semalam.

Peniaga rugi RM213,700 terperdaya iklan pinjaman wang di Instagram
Seorang ahli perniagaan wanita diperdaya sindiket pemberi pinjam wang yang tidak wujud sehingga kerugian sebanyak RM213,700.

Pengusaha kedai emas rugi lebih RM500,000 diperdaya lelaki - Polis
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menipu seorang wanita pengusaha kedai emas dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka.

Rugi RM186,923 selepas diperdaya sertai pelaburan bitcoin
Mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa mengenali suspek pada Mei lepas dan sering melihatnya memuat naik gambar berkaitan bitcoin.

Peniaga kerugian RM30,000 diperdaya pengasas produk kecantikan
Selepas tempoh sebulan, suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa mengesyaki ditipu.

Pemborong buah dakwa rugi RM414,932 dalam penjualan Musang King
Mangsa mendakwa mengenali suspek pada 30 Jun lepas selepas menghubunginya untuk membeli 10 bakul durian itu.

Wanita kerugian RM18,350 ditipu 'ejen bomoh'
Seorang peniaga wanita mengalami kerugian RM18,350 selepas terpedaya dengan seorang wanita yang kononnya ejen kepada bomoh.

Ibu tunggal kerugian RM230,000 serah wang simpanan, simpanan TH anak kepada 'Datuk'
Seorang ibu tunggal yang juga penjawat awam menanggung kerugian hampir RM230,000 apabila diperdaya oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk'.

Wanita disamun, dicabul selepas diperdaya jadi model
Hasrat seorang wanita untuk menjadi model bukan sahaja lebur malah turut berdepan detik cemas apabila dia dan teman lelakinya disamun oleh lelaki yang menawarkan pekerjaan itu.

Ibu tunggal rugi hampir RM400,000 ditipu 'suami' Facebook
Seorang ibu tunggal enggan menerima hakikat bahawa dirinya diperdayakan oleh seorang lelaki asing dalam sindiket 'love scam' meskipun telah berhabisan duit sebanyak RM380,000.