IPOH: Seorang juruteknik lelaki tempatan berusia 25 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja menyelenggara lampu ‘spotlight’ atau lampu sorot di sebuah taman air di sini kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.45 tengah hari itu, mangsa sedang menjalankan kerja berkenaan berhampiran salah satu kawasan kolam mandi di situ yang sering tidak berfungsi.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Supian Alias berkata, mangsa ditemukan terjatuh ke dalam air dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh rakan sekerjanya.
“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa telah bekerja selama empat tahun sebagai seorang juruteknik di taman teman air tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada jam 1.48 tengah hari pada hari yang sama.
“Susulan dari siasatan awal yang dijalankan, JKKP Perak telah mengeluarkan arahan larangan kacau ganggu sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak majikan.
“Satu notis larangan telah dikeluarkan kepada majikan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja penyelenggaraan peralatan elektrik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Tambahnya, JKKP Perak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Menurutnya, JKKP negeri turut memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.
“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja.
“Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.
“Hal Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelak berlakunya kemalangan. Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Tue Dec 14 2021

Juruteknik lelaki tempatan berusia 25 tahun maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja menyelenggara lampu spotlight atau lampu sorot di sebuah taman air di Perak. - Gambar hiasan

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Maut jatuh tebing: 'Arwah baru bekerja tiga bulan di tempat baharu' - Abang
Juruteknik, Khairul Nizam Jaafar maut selepas terjatuh ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagles Nest Skywalk di Gunung Machinchang di Langkawi.

Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Panorama Langkawi menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca di lereng Gunung Machincang, bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.

Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.

Juruteknik maut disengat tebuan ketika baiki kerosakan pencawang
Seorang juruteknik meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, pada Rabu.

Juruteknik mekanikal maut tersepit 'conveyor' di kilang simen
Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pekerja dan dihantar ke Hospital Kampar menggunakan ambulans syarikat.

Juruteknik taman tema air maut terkena renjatan elektrik
Juruteknik lelaki tempatan berusia 25 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja menyelenggara lampu spotlight.