GEORGE TOWN: Seorang jurutera buntu selepas maklumat peribadinya termasuk salinan kad pengenalan dipercayai digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab pada bil elektrik di dua buah rumah kedai di Cheras, Kuala Lumpur.
Chew Ee Liang, 33, berkata, kehidupan sehariannya terganggu sejak menerima surat daripada pemilik dua premis berkenaan yang mendakwa dia bakal disaman Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM251,604 kerana penyewa premisnya tidak melunaskan bil elektrik selama beberapa bulan.
Menurutnya, pemilik premis yang merupakan seorang wanita itu menghantar surat saman tersebut kepadanya pada 17 Januari 2019 yang meminta dia melangsaikan hutang keseluruhan berjumlah RM379,850 sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya.
"Ketika saya terima surat daripada pemilik premis berkenaan, saya buntu kerana saya tidak pernah bekerja, malah menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur selama ini. Saya tinggal dan bekerja di Pulau Pinang. Jika saya ke Kuala Lumpur pun, ia hanya untuk bercuti sahaja.
"Saya terus membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Nibong berhubung perkara itu kerana tidak pernah terlibat dengan mana-mana ejen sewaan premis," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang di sini pada Khamis.
Turut hadir, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Biro Aduan MCA Pulau Pinang, Ooi Teik Liang. Tambahnya, hidupnya bertambah kucar kacir apabila menerima surat peguam pada 25 Mac 2021 yang meminta dia melangsaikan hutang bagi tiga akaun TNB berjumlah RM379,850 segera.
"Di dalam surat itu, peguam kepada pemilik premis telah meminta saya melangsaikan hutang tersebut dan sekiranya gagal, kes akan dibawa ke mahkamah.
"Menurut surat tersebut, saya didakwa mempunyai tiga akaun di atas dua premis rumah kedai yang disewa.
"Hutang bagi ketiga-tiga akaun tersebut masing-masing bernilai RM142,200, RM125,531 dan RM112,119 dengan jumlah keseluruhan adalah RM379,850.
"Sekali lagi saya buat laporan polis bagi menafikan saya terlibat dengan hutang tersebut," katanya.
Dia berkata lagi, pada 21 Julai 2021, dia menerima sepucuk surat lagi daripada peguam pemilik premis yang memaklumkan bahawa kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah susulan tiada pembayaran dilakukan olehnya.
"Saya membuat laporan polis sekali lagi pada Ogos 2021 bagi menafikan perkara itu dan kemudiannya ke Ibu Pejabat TNB di Kuala Lumpur untuk mendapatkan butiran perjanjian berhubung dakwaan pengubahsuaian sistem pendawaian premis seperti yang didakwa.
"Selepas mendapatkan semua butiran tersebut, saya amat terkejut selepas mendapati dua surat perjanjian telah ditulis menggunakan nama saya namun menggunakan tandatangan yang berbeza.
"Saya tidak pernah menukar tandatangan saya sejak dibangku sekolah lagi.
"Surat perjanjian tersebut bertarikh 13 Mac 2018 dan 19 September 2018 yang mana ketika itu, saya berada di Pulau Pinang dan sedang bekerja," katanya.
Jelas anak jati Pulau Pinang itu, dia turut membuat laporan kepada Jabatan Pesuruhjaya Data Peribadi (JPDP) melalui dalam talian untuk menyiasat kes tersebut.
"Saya diberitahu JPDP bahawa kes sedang disiasat bermula November tahun lalu namun sehingga sekarang, belum ada sebarang perkembangan terkini tentang kes saya.
"Saya berharap, pihak polis, JPDP dan TNB segera menyiasat kes ini kerana saya langsung tidak tahu menahu tentang dakwaan ini. Saya yakin, semua butiran peribadi saya termasuk salinan kad pengenalan saya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ee Liang berkata, dia amat tertekan dengan dakwaan tersebut sehingga mengganggu kehidupan seharian terutamanya waktu dia bekerja.
"Saya tidak boleh fokus ketika bekerja dan saya kerap mengambil cuti kerana menguruskan masalah ini.
"Saya perlu berulang alik ke Kuala Lumpur kerana premis tersebut terletak di sana," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 22 2022

Ee Liang menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung maklumat peribadinya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. -Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.