Juruterbang helikopter tersebut dilaporkan selamat, menurut Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Kenyataan itu memaklumkan dua individu dilapor berada dalam helikopter tersebut.
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar 10.39 pagi itu menyebabkan helikopter tersebut terbakar 100 peratus.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.
Difahamkan, helikopter tersebut sedang melakukan kerja-kerja keudaraan yang difahamkan sedang mengangkat underslung bagi tujuan pemasangan kabel projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)