NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Estima dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat dekat Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Dalam kejadian jam 8 malam Khamis itu, jurutera di sebuah kilang berusia 41 tahun itu nyaris melanggar enam anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, (SPS) Supritendan Lee Chong Chern berkata, kesemua anggota bertugas sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kenderaan lelaki tersebut kemudian melanggar dan mengheret peralatan seperti kon keselamatan, papan tanda pemeriksaan, payung dan lampu sejauh 200 meter.
Ekoran kejadian itu, suspek ditahan dan siasatan mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertemu pelanggan.
"Suspek memandu dari arah Bukit Mertajam mahu pulang ke rumahnya di Simpang Ampat. Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek hilang kawalan dan merempuh SJR di situ.
"Suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas anggota polis yang mengejarnya dan pemeriksaan awal mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Chong Chern berkata, meskipun tiada anggota bertugas dilanggar dalam insiden tersebut namun lelaki itu tetap ditahan untuk siasatan lanjut.
Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis dan Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 03 2021

Seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat. - Foto ihsan PDRM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis buru pemandu, penumpang MPV rempuh SJR, palang tol
Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya

Jurutera kilang mabuk rempuh SJR ditahan polis
Seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk telah merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat dekat Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Warga emas rempuh SJR ditahan
Hasil soal siasat awal, lelaki yang bekerja sebagai petani itu mempunyai masalah rabun akibat selaput pada bahagian mata.

Pemandu mabuk rempuh SJR ditahan
Lelaki itu telah melanggar kon keselamatan pertama yang dipasang dan diseret hingga sampai ke tepi khemah petugas keselamatan.

Padah ugut rempuh SJR, wanita hina polis ditahan
Suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.

Dua lelaki bawa 415kg daun ketum nekad rempuh SJR sebelum ditahan
Dua lelaki bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, Jeli ketika dikejar polis akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan bersama 415 kilogram daun ketum