PETALING JAYA: Hasrat seorang jurutera sebuah syarikat swasta untuk menikmati pendapatan menerusi pelaburan rumah tidak kesampaian apabila dia kerugian kira-kira RM600,000, enam tahun lalu.
Lelaki berusia 53 tahun itu dikatakan menerima tawaran pelaburan daripada seorang peguam wanita yang kononnya menjanjikan keuntungan tinggi akan dibayar kepada pelabur sebaik sahaja rumah tersebut berjaya dijual.
Setiap unit rumah itu ditawarkan dengan nilai RM150,000.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, terpedaya dengan tawaran itu, mangsa tanpa berfikir panjang menyerahkan sejumlah RM600,000 bagi empat unit rumah.
Menurut beliau, berdasarkan laporan, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan beserta keuntungan sehingga RM180,000 bagi setiap unit sekiranya rumah tersebut berjaya dijual kepada pemilik baharu.
"Malah untuk menyakinkan lagi mangsa, suspek berusia 51 tahun itu menjanjikan untuk memulangkan kesemua wang terbabit sekiranya rumah-rumah tersebut tidak terjual," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Nik Ezanee berkata, mangsa hanya menyedari dirinya tertipu selepas membaca berita di surat khabar mengenai pertuduhan ke atas wanita itu atas kesalahan menjual rumah yang tidak wujud.
Beliau memberitahu, apabila mangsa cuba meminta wangnya dikembalikan suspek enggan berbuat demikian serta memberikan pelbagai alasan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau bersabit kes Petaling Jaya," jelasnya,
Bertindak atas laporan mangsa, katanya, kira-kira pukul 8 pagi, pada 18 Mac lalu, polis menahan peguam itu di perkarangan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya dan dihadapkan di Mahkamah Kuala Lumpur dengan pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksan kerana menipu.
Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM7,000.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 19 2021

Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, terpedaya dengan tawaran palsu, mangsa tanpa berfikir panjang menyerahkan sejumlah RM600,000 bagi empat unit rumah. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jurutera rugi RM600,000, terpedaya pelaburan rumah
Mangsa dikatakan menerima tawaran daripada seorang peguam wanita yang kononnya menjanjikan keuntungan tinggi hasil pelaburan.