KUALA LUMPUR: Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat apabila penerbangan tersebut dilanda pergolakan udara tetapi insiden ngeri dan menyedihkan itu telah menonjolkan kepentingan untuk memakai tali pinggang keselamatan.
Menurut kajian penerbangan, keadaan langit hari ini adalah 55 peratus jauh lebih bergolak berbanding empat dekad lalu.
Pelajar Malaysia Dzafran Azmir, 29 serta seorang penumpang SQ321 yang lain, menceritakan bagaimana mereka yang tidak memakai tali pinggang keselamatan terpelanting ke udara sehingga terhantuk ke siling.
Kira-kira 30 penumpang cedera dalam penerbangan menuju ke Singapura dari London. Malangnya seorang warga Britain berusia 75 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Tindakan pantas juruterbang membolehkan pesawat itu berjaya melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.
Hanya sebelum 90 minit tiba ke destinasinya dan di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas. Majoriti penumpang ketika itu tidak memasang tali pinggang keselamatan mereka apabila pesawat mencapai ketinggian laju jajap dan tanda pemakaian tali pinggang keselamatan telah dimatikan.
Walaupun pengumuman perkhidmatan awam oleh juruterbang dalam semua penerbangan untuk pengembara udara memastikan tali pinggang keselamatan mereka dipasang semasa duduk, penumpang sudah menjadi terbiasa untuk membuka tali pinggang keselamatan mereka sehingga pesawat hampir mendarat atau apabila pergolakan udara dikesan.
Bagaimanapun, dalam kes SQ321, tidak ada amaran tentang sebarang gelora sehingga ia menggegarkan pesawat Boeing 777-300ER yang mempunyai 18 anak kapal termasuk juruterbang dan 211 penumpang.
Walaupun pergolakan udara dalam bentuk keadaan cuaca ekstrem adalah perkara biasa, tindakan pantas juruterbang dalam membuat keputusan kritikal telah menyelamatkan kapal terbang, mengemudi pesawat yang tidak stabil dan memastikan pendaratan yang selamat.
Siasatan pada insiden pesawat tersebut mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan tetapi yang paling jelas, adalah maklum balas daripada penumpang sendiri iaitu kepentingan mematuhi prosedur keselamatan pada setiap masa.
Ramai penumpang masih memandang ringan semasa pramugari membuat demontrasi keselamatan sebelum berlepas dengan membelek majalah, menjatuhkan pandangan mereka di luar tingkap atau tidur.
Namun, momen beberapa minit itu boleh membuat perbezaan yang besar dalam keadaan kecemasan khususnya, apabila juruterbang membuat pengumuman untuk memasang tali pinggang keselamatan.
Walaupun kematian berkaitan pergolakan udara agak jarang berlaku serta terkena udara beralun adalah insiden kecil, pergerakan udara yang tidak stabil biasanya sukar diramalkan dan ini menimbulkan ancaman kepada penumpang.
Salah satu kejadian tersebut dipanggil "Clear Air Turbulence (CAT)" yang berlaku secara tiba-tiba dalam keadaan udara bebas awan tanpa sebarang penunjuk visual seperti keadaan awan.
Keadaan tidak dijangka ini tidak memungkinkan juruterbang untuk bertindak balas dengan pantas.
FlightRadar24 menunjukkan bahawa SQ321 sedang laju menjajap pada ketinggian 37,000 kaki di atas Laut Andaman, luar pantai Myanmar selepas 9 pagi Waktu Musim Panas British (BST) apabila ia turun mendadak sebanyak 6,000 kaki, yang menurut pakar berkemungkinan merupakan reaksi juruterbang terhadap situasi pergolakan udara.
Presiden Persatuan Juruterbang Thailand, Kapten Teerawat Angkasakulkiat dilaporkan berkata keadaan tersebut adalah situasi yang mustahil untuk dijangkakan terutamanya apabila langit agak cerah dan radar pesawat tidak mengesan apa-apa yang luar biasa.
Begitu juga, Pakar Ekonomi Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (Penerbangan dan Aeroangkasa) Prof Madya Mohd Harridon Mohamed Suffian mengakui bahawa situasi CAT tertentu sukar dikesan seperti dalam kes SQ321, sebab itu tindakan pantas juruterbang itu patut dipuji.
"Bagaimanapun, adalah berfaedah bagi syarikat penerbangan untuk bersikap proaktif dan menerapkan Model Matematik Pendekatan Kebarangkalian untuk mengira kebarangkalian pergolakan akan berlaku di kawasan tertentu yang biasanya terdedah kepada gelora," katanya kepada Bernama.
Mohd Harridon menegaskan perubahan iklim juga menyumbang kepada kejadian sebegitu.
"Perubahan iklim menyumbang kepada kejadian sedemikian kerana ia mewujudkan secara rawak pada tekanan perbezaan kawasan tertentu dan ini menjadikan magnitud serta arah angin menjadi tidak menentu dan seterusnya sukar untuk diramalkan corak cuaca," katanya.
Kapten Dave Wallsworth, seorang juruterbang berpengalaman, melalui laman Xnya @DaveWallsworth berkata keadaan yang berlaku ke atas penerbangan SIA itu adalah amat jarang jika didasarkan kepada bilangan penerbangan di seluruh dunia setiap hari.
Bagaimanapun, ini juga menjadi peringatan bahawa penerbangan adalah situasi dinamik dan juruterbang perlu menangani alam semula jadi termasuk keadaan cuaca dalam persekitaran yang sentiasa berubah, katanya.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan tali pinggang keselamatan sentiasa diikat walaupun tanda amaran sudah dimatikan.
"Ia tidak menyusahkan malah mampu mengelakkan kecederaan serius jika terpaksa menghadapi pergolakan. Tetapi perlu sentiasa ingat, penerbangan masih merupakan kaedah paling selamat untuk melakukan perjalanan dan kami, sebagai kru anda, akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan anda (dan kami) selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Kapten Dave Wallsworth berkata, keadaan yang berlaku ke atas penerbangan SIA itu adalah amat jarang jika didasarkan kepada bilangan penerbangan di seluruh dunia setiap hari. - Gambar fail/Reuters
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
MPA mengarahkan kapal Intan Daya 368 untuk membantu selepas ia dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.

48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.

Juruterbang SQ321 menjadi wira, tonjol kepentingan tali pinggang keselamatan
Juruterbang SIngapore Airlines adalah wira sebenar SQ321 selepas tindakan pantasnya menyelamatkan 228 orang di dalam pesawat.

Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.

13 hilang, kapal kargo karam di Pulau Lesbos, Greece
Kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.

Puluhan bot terbakar di Seattle
Sebuah bangunan berhampiran turut terlibat dalam kebakaran berkenaan namun sempat diselamatkan.

Kapal perang karam: 2 anak kapal HTMS Sukhothai ditemui, 29 masih hilang
Dua daripada 31 anak kapal perang jenis korvet HTMS Sukhothai yang hilang selepas ia karam di Teluk Thailand pada Ahad malam, ditemui pasukan penyelamat hari ini.

20 anak kapal, jurumudi bot positif dadah
Operasi itu dilaksana bermula 13 November lalu hingga semalam.

Pesawat Rusia terhempas: 19 mayat mangsa dijumpai
Menurut pihak berkuasa, serpihan pesawat turut dijumpai pada petang Selasa di tepi pantai dan di laut.

Pesawat Rusia terhempas, semua 28 penumpang, kru disah terkorban
Pesawat itu dipercayai terhempas ke tebing tinggi ketika bersedia untuk mendarat dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca buruk.