“Apa adikuasa kau?”
“Aku kaya.”
Perbualan antara Flash lakonan Ezra Miller dan Batman (Ben Affleck) itu merupakan antara tarikan utama dalam trailer penuh pertama filem Justice League yang dilancarkan semalam.
Filem arahan Zack Snyder ini bakal menyatukan watak adiwira DC Comics di layar perak: Batman, Superman (Henry Cavill), Wonder Woman (Gal Gadot), Flash, Aquaman (Jason Momoa), dan Cyborg (Ray Fisher).
Para peminat di media sosial rata-rata teruja dengan trailer yang dilancarkan namun ada juga yang mengambil sikap berwaspada selepas ‘dikecewakan’ dengan mutu filem terbitan DC yang lain seperti Batman v Superman dan Suicide Squad yang didakwa hanya gah pada trailer.
Penampilan beberapa watak baharu juga menarik perhatian. Antaranya Mera (Amber Heard) sebagai kekasih Aquaman dan Commissioner Gordon lakonan pemenang Anugerah Akademi J.K. Simmons.
Di mana Superman?
Namun soalan nombor satu yang tular di media sosial selepas tayangan trailer Justice League:
Di mana Superman?
Walaupun Henry Cavill sememangnya diketahui akan muncul sebagai Man of Steel dalam Justice League, namun ketiadaan watak tersebut dalam trailer pertama ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
Dalam temu bual bersama Comicbook, pengarah Zack Snyder mengulas kepentingan watak Superman dalam Justice League:
“Ini satu konsep yang sentiasa menarik bagi saya. Ini peluang untuk melihat dia (Superman) berkorban dan juga menjadi sebab kewujudan Justice League. Apa yang kita akan buat dengan wataknya sekarang? Apa pandangan pasukannya tentang Superman? Apa yang dunia perlukan sebenarnya? Semua ini penting. Apa yang kami buat dengan Superman pastinya menarik untuk penonton.”
Justice League akan menemui peminat di layar perak pada 17 November.
Astro Awani
Sun Mar 26 2017

Justice League akan ditayangkan di pawagam pada 17 November ini.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lepas fail cerai, Jeniffer Lopez mahu buang nama Affleck
Jennifer Lopez diketahui telah memfailkan perceraian dengan suami, Ben Affleck secara rasmi pada 20 Ogos lalu.

Jennifer Lopez fail perceraian ke atas Ben Affleck
Selepas berbulan spekulasi mengenai rumah tangga mereka dibincangkan di media, akhirnya J Lo fail perceraian.

Treler penuh 'The Flash' bikin ramai tidak sabar, tayangan di seluruh dunia bermula 16 Jun depan
Selepas pelancaran treler pertama dua tahun lalu, penerbit Warner Bros. Pictures akhirnya menayangkan treler penuh filem adiwira 'The Flash di laman Youtube Comicbook, hari ini.

JLo, Ben Affleck berkahwin sekali lagi
Majlis perkahwinan kali ini berlangsung di kediaman Affleck dan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Cinta yang pernah terjalin 20 tahun lalu kini direalisasikan mereka dalam perkahwinan.

Jennifer Lopez dan Ben Affleck umum bertunang sekali lagi!
Bennifer bertemu buat pertama kali menerusi penggambaran filem Gigli pada 2001.

Zack Snyder's Justice League lebih epik, tidak seperti yang anda bayangkan
Zack Snyder's Justice League akan mula ditayangkan di 18 Mac 2021 secara penstriman di HBO Max.

Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
Pelakon filem yang popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.

Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter
Affleck, 42, was expected to present this year's best actress award in keeping with Academy of Motion Picture Arts and Sciences tradition.

Ben Affleck, Jennifer Garner failkan penceraian
Pasangan itu memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis atas sebab tiada persefahaman.