JUTAWAN Britain, Sir Jim Ratcliffe bersetuju membeli 25 peratus pegangan dalam Manchester United dengan harga kira-kira 1.03 bilion pound.
Dengan pembelian itu, Kumpulan Ineos milik Ratcliffe akan mengawal operasi bola sepak kelab itu.
Individu berusia 71 tahun itu juga akan menyediakan 236 juta pound untuk pelaburan masa depan ke dalam stadium Old Trafford kelab itu.
Pengumuman itu dibuat 13 bulan selepas pemilik kelab, keluarga Glazer, menyatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menjualnya bagi "meneroka alternatif strategik".
Keluarga Amerika itu membeli Manchester United dengan harga 790 juta pound pada 2005.
Satu-satunya pembida lain yang mengisytiharkan secara terbuka, jurubank Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani menarik balik tawarannya untuk membeli 100 peratus kelab itu pada bulan Oktober.
United bergelut di atas padang musim ini dan tidak memenangi Liga Perdana (EPL) sejak 2013, sementara terdapat bantahan tetap terhadap pemilikan Glazers.
Ratcliffe kelahiran Manchester ialah pengerusi syarikat petrokimia Ineos. Katanya, beliau "penyokong sepanjang hayat kelab" itu.
Tahun lepas, beliau telah mencuba namun gagal untuk membeli Chelsea.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, walaupun kejayaan komersial kelab memastikan sentiasa ada dana untuk memenangi trofi di peringkat tertinggi, potensi ini belum dibuka sepenuhnya sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, pihaknya akan membawa pengetahuan global, kepakaran dan bakat daripada kumpulan Ineos Sport untuk membantu memacu peningkatan selanjutnya di kelab itu.
Tambahnya, beliau akan kekal untuk jangka panjang dan menyedari banyak cabaran dan kerja keras menanti di hadapan, namun ia akan dihadapi dengan profesionalisme dan bersemangat.
Ratcliffe juga komited untuk bekerjasama dengan semua pihak di kelab itu termasuk lembaga pengarah, kakitangan, pemain dan peminat untuk membantu memacu kelab ke hadapan.
Beliau juga melaungkan cita-cita untuk melihat Manchester United kembali ke tempat asal iaitu di puncak bola sepak Inggeris, Eropah dan dunia.
Sementara itu, Manchester United berkata, perjanjian itu "tertakluk kepada kelulusan peraturan biasa" tetapi "berharap ia akan diselesaikan secepat mungkin".
Pada mulanya akan ada proses enam hingga lapan minggu untuk perjanjian itu disahkan, termasuk ditandatangani oleh EPL.
Peminat yang menentang penglibatan berterusan Glazers di United telah mengadakan beberapa siri protes di dalam dan luar Old Trafford sepanjang 12 bulan terakhir.
Dekad yang lalu, sejak pengurus legenda Sir Alex Ferguson bersara pada 2013, telah menyaksikan ketidakkonsistenan di atas padang walaupun perbelanjaan perpindahan yang tinggi dan beberapa pengurus terkenal diupah dan dipecat.
Agensi
Mon Dec 25 2023
![Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703464321_JimRatcliffe.jpg)
Ratcliffe, kelahiran Manchester, juga akan menyediakan 236 juta pound untuk pelaburan masa depan ke dalam stadium Old Trafford Manchester United. - Foto Facebook Jim Ratcliffe
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran? Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717042872_tbManUtdkakitanga.jpg)
Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran?
Kakitangan yang tiada kaitan mengenai bola sepak di Manchester United dijemput untuk memberikan jawapan mengenai hala tuju pekerjaan masing-masing melalui emel, semalam.
![Ratcliffe mahu saya kekal - Ten Hag Ratcliffe mahu saya kekal - Ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716696700_EriktenHag.jpg)
Ratcliffe mahu saya kekal - Ten Hag
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mendakwa pemilik separuh kelab itu, Jim Ratcliffe, memintanya untuk terus kekal di kelab itu.
![Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703464321_JimRatcliffe.jpg)
Jutawan Britain beli 25% pegangan dalam Manchester United
Kumpulan Ineos milik Ratcliffe akan mengawal operasi bola sepak kelab itu.
![Ratcliffe tukar fikiran, mahu beli minoriti saham United Ratcliffe tukar fikiran, mahu beli minoriti saham United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696303996_ratcliffe.jpg)
Ratcliffe tukar fikiran, mahu beli minoriti saham United
Ratcliffe merupakan salah seorang daripada dua calon utama untuk membeli United bersama jutawan dari Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani.
![Sheikh Jassim buat tawaran akhir beli Manchester United Sheikh Jassim buat tawaran akhir beli Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682740240_ManchesterUnited.jpg)
Sheikh Jassim buat tawaran akhir beli Manchester United
Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani telah membuat tawaran akhir yang lebih baik untuk Manchester United.
![Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676680175_ManchesterUnited.jpg)
Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua
Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.
![Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679367858_JimRatcliffe.jpg)
Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Ratcliffe menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United.
![Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660867508_Duaahliperniagaan.jpg)
Dua ahli perniagaan minat beli Manchester United
Walaupun masa depannya tidak menentu, namun beberapa pihak dilihat berminat mengambil alih daripada keluarga Glazer.